Tuesday, December 5, 2017

TIPS TAMBAHAN SUPAYA PINJAMAN PERUMAHAN DILULUSKAN

Assalamualaikum,

Sperti yang akak janji. Akak nak cerita sikit tips tambahan supaya pinjaman perumahan korang dapat diluluskan oleh pihal bank. Akak bukan kerja bank yer haha. Ni semua berdasarkan pengalaman akak dan pembacaan akak. Jadi akak nak share kat korang, sebab akak pernah berada ditempat korang, mencari ilmu untuk membeli rumah. I feel you (TT). Jadi akak harap dengan sharing tips ini dapat membantu korang.

Tips tambahan supaya pinjaman perumahan korang senang untuk lulus :

1. Cantikkan slip gaji korang. 

Yang ni terutamanya yang bekerja sendiri dan yang bekerja ada elaun overtime. Korang jangan sedih even gaji basic korang rendah, tapi elaun OT korang tinggi, korang masih ada harapan. Cuma perlu ada ilmu. Jadi bagi yang bekerja sendiri dan elaun OT, cantikkan slip gaji korang selama 6 bulan. Dalam masa 6 bulan tu maintain gaji yang OK dan nilainya lebih kurang. Kalau ada satu bulan yang nilainya tersangat berbeza (means rendah dari bulan-bulan yang lain), pihak bank akan menjadikan ia sebagai benchmark korang. Jadi kalau korang target nak beli rumah mahal sikit, pastikan slip gaji korang 6 bulan tu dapat maintain nilai yang korang inginkan.


2. Cantikkan CCRIS dan CTOS korang.

Pastikan PTPTN dibayar secara berterusan tanpa ada lopong-lopong selama 12 bulan. Jika satu bulan pun korang terlewat/tak bayar, ia akan memburukan rekod CCRIS dan CTOS korang. CCRIS dan CTOS ni akan senaraikan semua hal ehwal kewangan korang, terutamanya yang berkaitan dengan bank. Contohnya, pinjaman kereta, pinjama pelajaran (PTPTN), kad kredit, pinjaman peribadi, AEON credit, ASB dan seangkatan dengannya. Yang tak tersenarai dalam CCRIS dan CTOS antaranya : insuran, tabung haji, Unit amanah / saham dan lain-lain. Jadi pastikan korang bayar on-time kereta, PTPTN atau kad kredit korang. Pastikan cantik untuk 12 bulan. Kalau sebulan tak cantik, korang kena repeat again cantikkan selama 12 bulan. Sebabnya CCRIS dan CTOS ni akan update every 12 bulan. Kitaran dia gituu. Sekiranya korang dah cantikkan bulan ke 11, tapi bulan ke 12 tak cantik, sila ulang lagi selama 12 bulan. haha sebab dia akan update kat sistem every 12 month.

Lagipun bagi akak, kalau korang ada buat pinjama kereta / pelajaran tu bayar jer on-time, jadikan habit. Habit bayar on-time ni bagus, dispiln kan diri kita. Kalau rasa tak mampu jangan buat hutang. sebab hutang memang kena bayar. Bagi fresh grad, jangan sibuk kumpul hutang (cth : pinjaman peribad/ kad kredit). RUGI. kumpul lah cash money or invest dalam ASB/ unit trust. Sungguh akak cakap. Kalau nk masuk Public Mutual, contact akak nanti akak deal. hehe

5. Jangan Segan untuk Survey dari Bank ke Bank

Akak dan suami sebelum submit loan, kami survey dari bank ke bank (almost semua bank) untuk korek ilmu lagi. Korang pergi jer bank, bawak salinan slip gaji 3-6 bulan tu, jumpa pegawai untuk loan perumahan. Bagitau dia, encik boleh saya tahu kelayakan perumahan saya berapa dengan gaji sekian-sekian. Nanti dia akan kira dan estimate berapa yang korang layak. Masa ni juga penting untuk korang survey interest rate bank itu berapa dan package2 loan yang ditawarkan. Sebagi cth sekarang ada Skim Rumah Pertama. Jadi tanya lah semua soalan yang korang tak paham tu, nanti dia akan jawab. Even nampak kita bodoh, tanya jer haha.

So dar yang akak survey, Skim Rumah Pertama ni memang bagus, sebab legal fee dapat 50% diskaun, 2 tahun pertama kerajaan tanggung RM200 tak silap akak dan pinjaman inshaAllah boleh lulus 100%. Ada juga bank yang menetapkan syarat, gaji lebih RM5k tidak layak untuk skim ini, walaupun memang kita nak beli rumah pertama. Tapi korang kena tahu, kebanyakan bank berikan interest rate yang tinggi untuk skim ini cthnye 5.6% tinggi tuuuu. Jadinya ada pro and cons dia disitu. Kat sini lah ilmu itu penting, korang kena study apa kelebihan kalau ambil skim ni atau skim lain.

 Macam akak, bila akak buat calculation, skim ni macam merugikan akak sebab interest rate yang tinggi. hahaha Jadi kitaorang decide amik skim housing loan yang biasa (islamik). Skim islamik dan conventional loan juga perlu study. Banyak nak cerita. Nanti akak ulas berkenaan Islamik dan Conventional loan ok.


4. Pendapatan Tambahan

Jika korang ada pendapatan tambahan sebagai contoh perniagaan sampingan / rumah sewa. Lampirkan penyata bank duit keluar masuk untuk perniagaan tersebut. InshaAllah korang akakn dapat extra mark.


Harap maklumat yang akak berikan dapat membantu korang yang tengah runsing tu hehe. Kalau ada pertanyaan boleh komen. Kalau akak tau inshaAllah akak jawab ya. Terima kasih.











Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Dokumen Penting untuk Pinjaman Perumahan

Assalamualaikum,

Akak nak share dokumen-dokumen penting yang korang kena sedia untuk submit pinjaman perumahan / housing loan. Ni berdasarkan pengalaman akak dan akak nak share sementara akak ingat. Nanti lama-lama akak lupa dah haha.

Dokumen Penting untuk Pinjam Perumahan :

1. Salinan Kad Pengenalan

2. Salinan Slip gaji (3 bulan), untuk yang ada elaun overtime (OT) perlu sediakan 6 bulan.

3. Penyata KWSP yang latest - boleh ambil di kiosk kwsp atau nak lagi senang daftar online. print sendiri, jimat.

4. Penyata akaun bank keluar masuk (akaun gaji).

5. Surat Sah Jawatan dari company.

6. ASB / Tabung haji - ini boleh jadi extra point kalau korang ada. Korang dapat markah lebih. ASB juga dikira sebagai pendapatan. Ada cara kira percentage dia tapi akak lupa. Jadi kalau korang ada ASB/Tabung haji, just fotostat muka depan buku bank dan latest transaction.

7. Kalau korang ada buat investment contohnya Public Mutual, boleh print penyata korang dan lampirkan sekali. Ini di kira sebagai side income jugak.

8. Bagi yang bekerja OT, seeloknya lampirkan sekali borang EA (income tax) untuk dua tahun berturut-turut. Tapi pastikan annual gross korang cantik. Cantik itu means samada annual gross korang meningkat atau pun lebih kurang. Contoh kalau annual gross tahun 2016 RM22000K, pastikan annual gross tahun 2017 RM22000K dan keatas. Ini dapat membuktikan pada pihak bank bahawa income korang stable.


Akhir sekali, pinjam perumahan tak sama macam pinjaman kereta. Ini kerana tempoh pinjaman yang lama antara 30-35 tahun, dan juga nilai pinjaman yang tinggi. Jadi pihak bank akan sedikit cerewet memandangkan diorang perlu pastikan yang korang mampu untuk membayar ansuran bulanan.

Jadi tips tambahan :

1. Cantikkan slip gaji anda.
2. Cantikkan CCRIS dan CTOS korang.
3. Jika ada pendapatan tambahan senaraikan dan lampirkan.
4. Jangan malu untuk pergi survey dari bank ke bank.

Untuk tips tambahan, akak akan terangkan di next entry supaya bagi korang paham details sikit.: TIPS TAMBAHAN PINJAMAN PERUMAHAN DILULUSKAN

Nak beli rumah bukan senang. Kena banyak tuntut ilmu dan baca kisah-kisah orang lain supaya kita tak tersilap langkah. Jadi selamat membaca !











Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Kos Masuk Rumah Baru


Assalamualaikum lama tak bersiaran hihi,

Sebulan dua ni akak busy dengan house hunting dan sekarang pening dengan kos-kos belanjawan nak masuk rumah baru. hihi Pembelian rumah amatlah rumit, dari permohonan loan hingga lah masuk rumah. So, akak pun ada buat some study and survey here and there.

Jadi disini akak senaraikan kos-kos yang bakal kita tempuhi jika nak beli rumah ya. So, jika ada yang berpengalaman dalam bidang ni, do left a comment ok. thanks in advance.

Kos-kos penting :

1.  Lawyer legal cost. 
Yang ni nasib akak baik sebab developer tanggung. sebaiknya macam tu lah yer. Kalau korang tengah mecari rumah tu, better yang kos lawyer ditanggung. Kalau tak, almost 3% dari harga rumah kita kena bayar. huhu Korang kira lah yer kalau harga rumah 300k, berapa k kena menabung hehe.

2. TNB dan AIR 
Yang ni akak tak habis study lagi haha. sebab akak pening. Rumah akak triphase so tak tahu berapa kos, sebab check dekat laman web TNB tak paham. kuangkuang. Kos deposit AIR tu tak silap akak dalam RM200.

3. Pemasangan Grill
Ni bergantung pada selera korang. Lagi high taste lagi mahal haha. Rumah akak maybe dalm RM2000 sebab belum pasang. Ni pengiraan kasar. Nanti akak update.

4. Wiring 
Of course kita ada nak tambah wiring, sebab kadang-kadang developer bagi yang basic jer. So cost wiring juga termasuk dalam list.

5. Lampu dan Kipas
Yang ni yang akak dah survey. Rumah akak doubel storey dalam RM2000. nampak je gitu tapiiii sesak nafas tengok harga haha. detail harga nanti akal buat satu entry khas untuk lampu dan kipas ya. Sabau ya.

6. Sewa Lori
Yang ni pun penting haha, sebab rasanya tak mampu nak angkut katil guna keta. Nangis lagi duit keluar. haha habis harapan kitchen kabinet ku.

7. Rail Langsir dan Langsir
Rail langsir dan langsir akak dan suami cadang nak beli yang ikea jer, murah hahhaha. Jimat dah disitu, haha.

8. Cat Rumah
Cat rumah ni akak ingat nak buat, sebabnya nanti dah pindah masuk dah payah dah nak alih barang-barang semua. So ni belum survey.

9. Siling Kapur
Yang ni pun berniat nak buat, sebab nanti dah masuk rumah dah payah nak buat. Kalau di Terengganu ada yang ambil RM3.50/kaki persegi. Di Kuantan akak ada jumpa RM2.50/kaki persegi. Yang belum survey dengan detail. Sape-sape ada contact number yang okey boleh tinggalkn komen ya. Terima kasih banyak.

10. Table Top
Alhamdulillah developer rumah akak dah siap bagi Tabletop untuk dapur basah dan dapur kering. Jadi akak tak perlu buat dah. Alhamdulillah.


Optional Kos :

1. Kitchen Kabinet
2. Almari Baju Custom made
3. Peralatan Rumah

Memandangkan akak dah ada peralatan rumah seperti TV, mesin basuh, dapur, peti ais dan aircond jadi yang ni memang optional bagi akak. Kalau nak tukar pun, akak nak dapur baru jer haha, yang jenis insert. Sebab dapur lama jenis yang letak atas table top.

--------------------

Actually developer akak dah banyak bantu dalam pembelian rumah ni sebab :

1. Dia tanggung lawyer fee yang mahal tu. haha

2. Dapur basah dah siap dibuat. Jadi akak tak perlu buat renovation tambah dapur basah. selamat.

3. Table top di dapur basah dan dapur kering pun dah bagi walaupun yang simple jer, tapi akak bersyukur. Jimat duit. haha

4. Pagar dia bagi siap free autogate. Alhamdulillah.

5. Porch kereta dah siap tiles, jadi no need tiles job. Alhamdulillah.

6. Pagar tepi pun dah tinggi so tak payah reno kasi tinggi.

-----------------------

Jadi bersyukur sangat.. sebab kos dah banyak boleh reduce.. Doakan perjalanan akak nak masuk rumah baru dipermudahkan ya.

Kalau ada yang nak beli rumah macam akak ni area KUANTAN, boleh Komen, nanti akak bagi number agent.


Thanks sudi baca ! Jumpa lagi !










Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr