Saturday, April 19, 2014

Bandung Indonesia Travel & Tips

Hai peeps,


Ni nak cite sikit pengalaman pergi Bandung, untuk rujukan kawan-kawan yg planning nak pergi kan :). I pergi awal februari 2014 with my lovely friends :) ni macam celebrate sempena i habis degree laaa.haha tp padahal ms mi tak keluar result lagi, tp dah abis la last final exam for last year. Hehe so now dah dpt result, Alhamdulillah dah official graduates ! Yeahhh ! 





Actually before kitrg pergi, ktrg byk buat research sana sini (wah mcm nk buat thesis kan). Bukan apa sebab ni first time pergi berjimba oversea ngan kwn-kwn (jakun tak). Pastu kitaorang semua girls, so precautions is a must. Byk baca blog-blog lain dan juga tips la.  So tips before :



1. Book Hotel


Hotel we all booked thru Agoda, sbb harga much cheaper than harga yg hotel tawar. Sbb i memang dah try both. I checked harga kat agoda, then i email the hotel's owner and harga much higher than Agoda. Tapiiiiiiii bukan sume, so based on your luck la.hehe tp actually, i memang lagi suke book guna agoda takpun booking.com. Sbb you boleh confirmed yg hotel tu mmg wujud dan chances untuk kene tipu is less la. Tips utk tempah hotel kat agoda or booking.com, baca review dan check hotel location betul-betul. 



So ktrg duduk hotel Rumah Asri Guesthouse. I myself puas hati dengan servis hotel ni, bilik okey, layanan ok, pekerja dia semua baik baik. Bos dia je baik garang sikit. Urm walaupun bilik, takde la besar sgt tapi setimpal dengan harga. Tapi worth la. Breakfast pun hari hari ade, walaupun makanan tu pelik pelik sikit. Yelah dah nama tempat orang kan. Internet dia superb ! Sebab masa kitrg pergi tu takde org tau. Nampak la kosong tapi best sebab boleh concur. Haha 



Pssssstt nak bisik bisik, hotel ni berada di kawasan perumahan orang-orang kaya la di Bandung. Masa kitaorg masuk tu semua terpegun tgk rumah besar besar. Hehehehe 





Ni hotel dia. Cantek kan. Cantek, murah setimpal dengan harga. 
Source : google




Ni bilik dia. Bilik bersih, sederhana besar. 
Source : google


Tips : ramai review dekat agoda cakap,rumah ni susah nak cari. Tapi we found the solution, bagitau teksi tu Jalan Setrasari Kulon 5. No.10 Sukajadi. Mesti teksi tu jumpa punyer! Even ktrg dah hafal lorong lorong perumahan tu.hehehe 





2. Hotel location


Lokasi sesuai utk hotel, dimana dekat dengan Pasar Baru. Paris Van Java dan other shopping outlet are Suka Jadi, Jalan Riau, Jalan  Dago and etc. Kawasan-kawasan ni lah yg dekat dengan shopping 'paradise' haha, so korg boleh jimat duit teksi. Hotel kitaorang dekat dengan Rumah Mode and seangkatan dengannya. 




3. List of Places

Before pergi ktrg ada buat list of place yg nk pergi and cek harga each of it utk estimate berapa total expenditure kan. Juga utk merncg betul-betul supaya tak waste time la. Padahal ktrg pergi dekat 7 hari. Mula-mula igt lame tau, rupenye bile duk sane, tkde mknye lame, duk shoping shoping shoping tak igt dunia dah. Haha 


Antara tempat menarik di bandung : 

(shoping) Rumah Mode, Paris Van Java, Rumah Mode, Pasar Baru, Secret Factory outlet, Factory Oulet di Jalan Dago, Jalan Riau, Jalan Cihampelas. 


(view) Tangkuban Perahu, Taman Strawberry, Saung Angklung Udjo (perkambungan budaya), Taman Wisata Alam Cimanggu, Situ Patengan, Kawah putih, Wisata Agro Gunung Mas, Pasar Terapung, Trans studio. 


(makan) Kampung Daun, Stone Cafe,




4. Plug

Di bandung guna plug 2 pin bulat. So jangan lupa bawak universal plug tau. Manakala di jakarta guna plug jenis 2pin bulat atau 3 pin macam Malaysia. Jangan lupa bawa, nanti habis batery matiii.hehe


Plug dua pin bulat.
source : google



5. Air minuman dan makanan

Ramai yang tulis pasal ni. Pasal jangan minum air yang di jalanan. Sepanjang kitaorang kat sana tak pernah minum air di jalanan sebab takot. Air masak yang bawa bekal semua mintak di hotel, air mineral. Tapi kami minum air sejuk di kedai makan, okey je. Cuma pengalaman pahit di sana, kawan kami 2 orang terkena keracunan jugak, cerry bery dan muntah muntah. Namun kami tak dpat pasti puncanya dari mana. Pelik jugakk. So korang kene siap sedia ubat-ubat sepatutnya k. Untuk langkah berjaga-jaga. 



6. Teksi


Satu je benda saya benci sangat kat bandung ni sebab kene tipu dengan teksi. Jangan main tau, dia tengok semua anak dara dia kencing kami. Last skali ktrg fight balik. Geram. Yelah tadi cakap lain ni cakap lain. So bagi korang korang yang tak nak sakit hati macam ni. Saya cadang guna teksi Bluebird SAHAJA. nampak tak sahaja tu BESAR. ye penekanan di situ. Teksi ni je satu satunya yang betul betul guna meter. 



 Bluebird Teksi.Ingat Lambang dia tu k.


Teksi dia vios color turquoise. ada lagi satu teksi vios color ala-ala turguoise jugak tapi gelap sikit. Yang tu pun penipu. Haram maklum. kami pernah naik, mula-mula ingat dia pakai meter sebab meter berjalan je. last-last sampai kat destinasi, harga 20000rp tetiba dia cakap 40000 rp. Wadahekk? Geram giler. Kalau dia tak tipu, ktrg boleh bagi tips tau, sebab yelah paham jugak kan. Tapi bile kene tipu macam ni terus. demmm.



Bluebird ni boleh call dan pickup korang kat mana mana. So boleh cari directory kat sini Bluebird Directory. Tapi kalau korang call, tapi tak naik dia charge 25000 rp tak silap. Tapi jgn la buat mcam ni k. Kalau call, dia datang naik la ye. Cume sabar sikit. Tapi inshaAllah cepat je dia sampai. Teksi lain jangan la. Nak nak yang depan Pasar Baru yang tu teksi mafia tau. Dia kencing korang kaw kaw. Kalau aku, menyirap dah. Pffffff. 



Ha stakat ni. tu je dulu tips nyer. nanti ada lagi saya update ye.
sebab saya pun dah ingat-ingat lupa dah. 
Jangan segan komen !


Enjoy guys !



p/s : Nanti ada lagi entry untuk tempat-tempat menarik yer :)













Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

2 comments:

  1. As slm, MMD dan family akan sampai ke Bandung next Feb 2015. Thanks for the tips.

    ReplyDelete