Thursday, April 24, 2014

Bakteria Dalam Makanan (Probiotic)

Assalamualaikum and hai semua,



Harini nak cerita tentang bakteria baik. Bakteria baik? Bukan semua bakteria jahat ke? namapun bakteria. apaadaaaaa. Haaa ni konsep yang salah. Tak semua bakteria jahat OK. Tanpa kita sedar, sebenarnya banyak bakteria baik yang berjasa untuk manusia tau. Contohnya bakteria baik dalam makanan as cheese dan juga bakteria yang digunakan untuk mengurai bahan kimia. Banyak jasa mereka ok.



Tapi harini nak cerita pasal bakteria baik dalam makanan. Kenapa makanan, sebab makanan banyak kaitan dengan manusia. kannn. Lagipun ni adalah salah satu tajuk thesis saya, so ada lah sedikit ilmu yang boleh saya terang pada semua :)



Bakteria baik ini juga dikenali sebagai Probiotic bacteria. Bacteria baik adalah mikroorganisma yang terkenal sebagai organism yang memberi kebaikan dan tidak memudaratkan pengguna.

Probiotic bacteria  :
Live microorganisms that when administered in adequate amount confer a health benefit on the host (WHO,2012).



Antara fungsi probiotic, clean and protect our intestine !




Percaya atau tidak, kini semakin banyak makanan atau food lines yang mengandungi probiotic ini. Probiotic mula dijmpai in early of 20th century, sekitar 1908 oleh Nobel Laureate Elie Metchinkoff. Di mana pada masa itu, orang-orang bulgaria ramai terkenal dengan jangka masa hayat yang lama, where diorang hidup lama dan kurang penyakit. As the result, Sainstis ini mengkaji fermented milk yang sering diminum oleh orang-rang Bulgarian. Dari situlah dia menjumpai Bulgarian bacillus dalam fermented milk. Dari sini bermula era baru tentang bakteria baik.



Product makanan yang mempunyai bakteria baik (Probiotic) antaranya :


Yakult  (Lactobacillus casei Shirota)

In 1930, Minoru Shirota pengasas Yakult iaitu juga medical doctor memandang kehadapan tentang konsep yang di ketengahkan oleh Ellie Metchnikoff. Shirota. Beliau mengkaji tentang bakteria yang boleh membawa kebaikan kepada kesihatan usus. Ini kerana usus yang sihat adalah penting untuk kesihatan.


Akhirnya beliau menjumpai Lactobacillus casei shirota di dalam cheese.Beliau patent kan bakteria itu dan menubuhkan Yakult. Namun kajian beliau memakan masa yang lama, sekitar 5 tahun sebelum dilancarkan Yakult. Bertapa pentingnya clinical test sebelum ia dilancarkan,


Lactobacillus casei shirota telah melalui banyak clinical test, dimana ia tahan dalam suhu yang tinggi (suhu badan manusia), tahan dalam kandungan acid terutama acid dalam perut manusia. Yakult itu sendiri adalah bacteria broth, dimana hanya bakteria dan makanan bakteria (sugar) terdapat dalam satu botol yakult. Sebab itulah, ia perlu disimpan di dalam suhu sejuk, bagi meletakkan bakteria itu dalam keadaan pasif. Jika pasif bakteria itu akan tahan lebih lama.

 
 source Yakult




Cheese

Seperti yang kita tahu, lactobacillus casei shorita (yakult) dijumpai di dalam Cheese. Secara kasarnya cheese lah yang menggandungi banyak bakteria baik (probiotic) kan. Cheese sememangnya mempunyai banyak khasiat. Sebab itu lah orang-orang barat dan banyak mengamalkan pemakanan cheese untuk anak-anak mereka.


source cheese




Kombucha Tea (Fermented Tea) 

Dijumpai di Asian grocery stores dan juga kedai kesihatan. Kombucha tea berwarna gelap dan dipercayai dapat meningkatkan tenaga dan membantu masalah pencernaan dalam usus. Jangan lupa bancuh panas atau sejuk.

Kombucha Tea




Nestle Good Start Baby Formular


This new Nestle Baby Formula mengandungi Bifidobateria lactis. Sememangnya Bifidobacteria adalah bacteri baik (probiotic) yang banyak terdapat dalam susu ibu (breastfed). Sebab itu lah juga, Islam menggalakkan menyusu bayi sehingga 2 tahun. Oleh sebab yang demikian, nestle menaik pulih product susu formula mereka dengan menambah Bifidobacteria lactis untuk menyamai kandungan susu ibu.


That’s why we created Good Start® Probiotic, our closest formula to breast milk – and the first infant formula in Canada to contain Bifidobacteria B. lactis. Probiotic B. lactis  contributes to your baby’s healthy digestive tract flora. And, can help keep your baby’s tummy healthy and happy.

Nestle Good Start
Source : Nestle



Kimchi  (kimchee/ gimchi)

Kimchi adalah makanan tradisional orang korea yang masih diamalkan sehingga kini. Basically, makanan kimchi ini melalui proses fermentation atau penapaian. Sebab itulah rasanya sedikit masam-masam. Oleh yang demikian, satu kajian telah dibuat keatas kimchi dan mendapati ia mengandungi bakteri baik seperti lactic acid bacteria atau Lactobacillus kimchi. Selain itu, kimchi kaya dengan vitamin A, thiamine, riboflavin, calcium dan juga iron.

Health Magazine juga telah menyenaraikan kimchi sebagai Top 5 "World Healthiest Foods" dengan vitamin yang tinggi, membantu pencernaan dan jugak berkemungkinan tinggi dapat mengurangkan pertumbuhan kanser. 


Kimchi
source: google



Banyak lagi makanan lain yang juga mempunyai probiotic. Namun saya tak berkesempatan nak listkan semua. Nanti saya tambah semula ye :)


Sebenarnya, bacteria baik ini banyak kegunaannya terutama untuk proses pencernaan. Sebab ia berperanan dlm usus dan perut manusia. So sape sape yang ada masalah pencernaan tu, boleh minum yakult yg banyak membantu. Serious.



Thanks for reading this ! 

Happy reading guys!












Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

No comments:

Post a Comment

Jom tengok ni :