Saturday, April 19, 2014

Bapa Perubatan semakin kita lupa..

Assalamualaikum, 



Hari ni nak cerita pasal Bapa Perubatan yang semakin kita lupa. Sapa ya? Kalau bukan Ibnu Sina. Mari kite tengak biodata beliau.
 
IBNU SINA



       ابو عليال- هوسساءين ابن ابدالله ابن سينا
BAPA PERUBATAN




 Nama sebenar Abu Ali al - Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina
 Dibarat dikenali sebagai Avicenna.
Dilahirkan pada 370 H bersamaan 981M.
  Beliau dilahirkan di Kampung Afshanah, (dekat Kota Kharmaitan, Propinzi Bukhara, Afghanistan).
Beliau wafat pada  428 H bersamaan 1037 M di Hamadan, Tehran.






PENDIDIKAN IBNU SINA


   Pada usia 10 tahun, beliau telah dapat menghafal Al-Quran.  Pada usia 18 tahun Ibnu Sina telah menjad"Doktor Di Raja". Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu seorang ahli falsafah. Ilmu agama yang dikuasainya seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya.


 Bidang yang dikuasainya ialah falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. Ibn Sina mempunyai seorang ayah yang amat mementingkan pendidikan agama dan juga keduniaan walaupun beliau dilahirkan dalam keluarga seorang pemungut cukai. 


Ibn Sina memang merupakan seorang yang rajin membaca buku. Pernah suatu ketika beliau telah membaca buku "Metafizik Aristotle" sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.   Kemudian beliau menyambung pelajaran ke Jurjan dan bertugas di Hamazan sebagai tabib. 


Di sana beliau berjaya mengubati penyakit Syamsul ad-Daulah pemerintah Hamazan. Kerana kejayaan ini, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. Sewaktu berumur 20 tahun iaitu selepas kematian ayahnya, beliau telah mengembara ke Juran dan bertemu dengan Abu Raihan Al-Biruni. Kemudian beliau berhijrah pula ke Hamadan. 


Di Hamadan, beliau mengarang kitab al-Qanun fit Tibb untuk mengubati Raja Hamdan iaitu Shams al-Daulah. Dari Hamadan beliau menuju pula ke Ispahan (Iran) di mana beliau telah menyempurnakan penulisannya dalam pelbagai bidang. Beliau merancang untuk meneruskan pengembaraannya, namun terpaksa kembali semula ke Hamadan kerana faktor kesihatan yang mana akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir di sana pada tahun 1037M dalam usia 56 tahun.




PENGARUH IBNU SINA
  Penulis-penulis Barat telah menganggap Ibn Sina sebagai bapa perubatan kerana beliau telah dapat menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen serta pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi di samping pengalaman beliau sendiri. Ibnu Sina diberi gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Di-Raja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik dan juga "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran .








SUMBANGAN IBNU SINA


            Ibn Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam bidang perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu perubatan psikosomatis. Beliau telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. 


Dalam buku ini, beliau telah menghuraikan 760 jenis penyakit yang berjaya ditemui dan cara mengubatinya.  Ibnu Sina juga hebat dalam bidang falsafah sehingga mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi). Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam.  


Beliau menulis dalam bukunya al-Qanun Fi al-Tib mengenai penyakit radang, selaput dada dan penyakit paru-paru.Dalam bidang anatomi pula, beliau adalah orang pertama membuat kajian tentang fungsi mata iaitu penglihatan dan fungsi anak mata. Buku-buku yang pernah dikarangnya, adalah berbentuk risalah ukuran kecil, yang kemudiannya dijilid dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo, Mesir.  


Ibn Sina telah menghasilkan sebanyak 250 buah karya yang masih kekal sehingga ke hari ini, termasuklah 116 buah karya dalam bidang ilmu perubatan. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah.   


Dalam bidang kimia pula, menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim.




KARYA AGUNG IBNU SINA

--Al – Qanun Fit Tibb -
FALSAFAH DAN TEORI PERUBATAN MUSLIM




"Al-Qanun fit Tibb" (Peraturan Perubatan) yang mengandungi 14 jilid. Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.


 "Al-Qanun fit Tibb" merupakan karyanya yang termasyhur dan kerap kali dicetak di Eropah pada zaman Renaisans. Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu, Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran"



 Begitu besar sumbangan beliau dalam bidang sains dan juga perubatan. Walaupun kehidupan yang serba kekuranga, beliau masih boleh menjadi seorang yang berjaya serta zuhud terhadap agama beliau, Islam. Beliau masih boleh menuntut ilmu, boleh beribadah serta mengamalkan ciri-ciri Islam sejati dalam kehidupan seharian. Mari lah kita sama-sama mengambil iktibar diatas segala yang beliau lalui. 


Terima kasih sebab sudi membaca :)
Jumpa lagi. 





p/s: Ini saya ambil dari kerja kursus diploma saya (semalam jumpa). terdapat maklumat-malumat dari bahan rujukan lain juga.  












Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

No comments:

Post a Comment