Assalamualaikum and hai semua !
Kerja menipu.
Cakap pasal kerja menipu ni. macam-macam ada sekarang kan. Ok sebelum tu. macam mana boleh keluar isu ni. Biasa lah aku kan tengah duk menganggur kat umah. so semalam saje usha usha cari kat google , part time work. So banyak iklan keluar. tak caya korang boleh google "kerja part time dari rumah". Keluar lah segala mala,
Kerja sambilan dengan hanya isi bahan sampul surat
Kerja part time menaip document
dan continue......
So, basically, memang banyak yang ditawarkan. Okey memang tak semua penipu kan. Cume ada dalam kalangan mereka yang menipu. tu lah masalahnye. Ak ni jenis takut sikit nak try benda-benda ni. So before aku try, mesti ak search betul-betul dulu. yelah Rm20 pun duit jugak. dari bagi kat si penipu baik aku derma kat surau.
Cakap gebang
Bagi aku senang je nak detect yang diorang ni penipu ke tak. Diorang mesti cakap gebang punyer. Mesti cakap bayar RM20 dapat untung RM900 seminggu. Dengar amount yang banyak tu sape tak nak kan? Diorang guna taktik tu lah. Bagi orang teruja sikit. duit masuk duit masukkk wahhhhh aku kayaa!
Pulangan lumayan ! Sertai kami sekarang !
Berahsia
Satu lagi cara nak tahu diorang ni betul betul ikhlas ke idokk, tengak diorang buat iklan tu macam berahsia tak? Biasanye akan keluar iklan macam ni
Kami bukan program piramid
Kami menjual product, kami perlukan sepuluh orang. Tawaran terhad.
Nak tahu lebih lanjut, sila email kepada xxxx@penipubesar.com
Biasa macam nilah iklan dia. Tak bagitau kerja apa, tak bagi tau product apa, kene contact dulu baru bagitau jenis kerja dia. Benda ni yang selalu buat ak muskil, kalau tak salah kenapa tak boleh bagitahu depan-depan kan? pelik pelik.
Tiada Product
Banyak je product yang menggunakan sistem piramid. Tapi tak silap aku, kalau ada product, tak salah dari sisi Islam. Yang salahnye kerja menipu orang. Konon-konon ada product, tapi padahal dapat untung daripada downline yang bayar yuran. Dari situ aje diorang dapat untung. Orang atas jelah untung. Orang bawah tak pun.
Contoh program piramid yang ada product Tupperware. Tupperware pun program piramid jugak secara tersiratnya, sebab dia ada masuk ahli dan sape yang lagi banyak ahli dapat untung lebih. Kalau dia pandai promosi, orang banyak beli, dia dapat komisen lebih. So basically ni piramid yang sihat.
Seriously, aku takut sangat dengan apa dah jadi dengan orang zaman sekarang. Sanggup penipu duit orang untuk jadi kaya.
Tahu tak diorang yang duit korang makan tu haram, beli buat belanja, buat makan, jadi darah daging. Bagi anak bini makan duit haram, jadi darah daging. hati jadi gelap. Sebab tu kadang-kadang orang yang banyak makan rasuah, tengak anak mereka. Anak mesti susah nak menjadi, malas sekolah, degil macam macam lagi. Sebab apa? sebab duit tu jadi darah daging.
Sebab tu Islam kata, wajib makan dari rezeki yang bersumberkan halal. Astagfirullah...
Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t di dalam al-Quran:
Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
Al-Baqarah: 168
Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.
An-Nahl: 114
Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
Al-Maidah: 88
credit to saifulbahri
Bawak la pikir ye semua. benda ni bukan main-main.Mari kite sama-sama fikir sejenak isu ni dan perbaiki diri. Korang boleh baca sendiri luahan mangsa yang pernah kene tipu :
http://www.sinarharian.com.my/semasa/penipuan-tawaran-kerja-di-rumah-1.104868
http://rintihan-rasa.blogspot.com/2008/12/menipu-untuk-hidup-atau-hidup-untuk.html
Terima kasih kerana membaca.
Boleh betulkan kalau saya ada silap.:)
Happy reading semua.
Ya..mmg betul ada iklan cari kerja yg menipu. Saya pernah 2 kali terkena.. di zaman mula2 grad dan merasa kepayahan nak cari kerja dulu.
ReplyDeletePertama tu..dengan iklan jawatan menaip.. serius saya mmg terdesak nak cari keja masa tu..part time pun x apa.. ingat lagi bersungguh2 saya pergi ke bank, bank in rm20. Lepas tu pergi makmal komputer (masa tu masih menumpang di u..bilik kawan) utk scan resit bank in dan email. Tak sangka..apa yg saya taip secara ringkas untuk mengiringi attachment tu membuatkan insan tersebut insaf. Saya cuma taip pengharapan je.. sbb saya mmg betul2 nak cari kerja.. insan tu reply emel dan mengaku.. lepas tu mmg dia bank in semula rm20 tu..
Didi Kar, tulah zaman sekarang ramai orang yg cari duit dengan kerja menipu. Kite ikhlas nak cari kerja part time kan. Nak nak mcm sy yg br grad ni, mesti terdesak nak cari kerja. Tapi tulah sy takot nak try benda yg tak nampak ni. So at last, sy amik upah ngajar tuisyen dekat rumah dan ambil tempahan buat assignment utk kenalan shj. Thanks for the info :)
Delete