Showing posts with label Religion. Show all posts
Showing posts with label Religion. Show all posts

Friday, May 2, 2014

Bersin vs Menguap


hai semua, 



Bersin dan menguap. 
Saje nak cerita fakta menarik tentang bersin dan menguap, sebab baru dapat email tentang ini. Jom kita share !


gambar hiasan bersin. sumber

"Bersin itu  datang dari Allah s.w.t dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian meguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan "aaah..." maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai bersin dan membenci menguap" 
          Hadis riwayat At Tirmidzi.




Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut. Rasulullah bersabda:

"Apabila salah seorang diantara kalian Bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum"
HR. Bukhari (622) sumber


 Gambar hiasan menguap. sumber



Rasulullah s.a.w juga pernah memberitahu kita bahawa meguap berasal dari gangguan syaitan. Oleh yang demikian, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :


Berusaha menahan sedaya upaya.

Sabda Nabi s.a.w 
"apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya upaya kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk" 
(hadis riwayat Muslim)



Hendaklah kita menutup mulut

Samaada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang kerana Nabi s.a.w tidak menetapkan mana-mana bahagian. 



Terima kasih and happy reading ^^


Boleh sambung baca : Adab Bersin Dalam Islam












Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Saturday, April 26, 2014

Amal ini, untuk terus dilindungi !


Assalamualaikum semua :) 



Subhanallah...
Harini nak ceita tujuh kalimat yang paling mulia untuk diamalkan dalam tugasan harian. 


Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 


1. Mengucap Bismillah 

 pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 



2. Mengucap Alhamdulillah 
  pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 





3. Mengucap Astagfirullah
 jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut 





4. Mengucap Insya Allah
  jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.





5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah
  jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 





6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
 jika menghadapi dan menerima musibah.. 





7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah
  sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari   

  tafsir hanafi, 





Mari kita sama-sama amalkan :) 
mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu 
mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa!











Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Tuesday, April 22, 2014

Jangan Tertipu dengan Kerja Macam ni !


Assalamualaikum and hai semua !



Kerja menipu.

Cakap pasal kerja menipu ni. macam-macam ada sekarang kan. Ok sebelum tu. macam mana boleh keluar isu ni. Biasa lah aku kan tengah duk menganggur kat umah. so semalam saje usha usha cari kat google , part time work. So banyak iklan keluar. tak caya korang boleh google "kerja part time dari rumah". Keluar lah segala mala,


Kerja sambilan dengan hanya isi bahan sampul surat

Kerja part time menaip document

dan continue......


So, basically, memang banyak yang ditawarkan. Okey memang tak semua penipu kan. Cume ada dalam kalangan mereka yang menipu. tu lah masalahnye. Ak ni jenis takut sikit nak try benda-benda ni. So before aku try, mesti ak search betul-betul dulu. yelah Rm20 pun duit jugak. dari bagi kat si penipu baik aku derma kat surau.



Cakap gebang 

Bagi aku senang je nak detect yang diorang ni penipu ke tak. Diorang mesti cakap gebang punyer. Mesti cakap bayar RM20 dapat untung RM900 seminggu. Dengar amount yang banyak tu sape tak nak kan? Diorang guna taktik tu lah. Bagi orang teruja sikit. duit masuk duit masukkk wahhhhh aku kayaa!

Pulangan lumayan ! Sertai kami sekarang !


Berahsia 

Satu lagi cara nak tahu diorang ni betul betul ikhlas ke idokk, tengak diorang buat iklan tu macam berahsia tak? Biasanye akan keluar iklan macam ni

Kami bukan program piramid
Kami menjual product, kami perlukan sepuluh orang. Tawaran terhad. 
Nak tahu lebih lanjut, sila email kepada xxxx@penipubesar.com


Biasa macam nilah iklan dia. Tak bagitau kerja apa, tak bagi tau product apa, kene contact dulu baru bagitau jenis kerja dia. Benda ni yang selalu buat ak muskil, kalau tak salah kenapa tak boleh bagitahu depan-depan kan? pelik pelik.



Tiada Product


Banyak je product yang menggunakan sistem piramid. Tapi tak silap aku, kalau ada product, tak salah dari sisi Islam. Yang salahnye kerja menipu orang. Konon-konon ada product, tapi padahal dapat untung daripada downline yang bayar yuran. Dari situ aje diorang dapat untung. Orang atas jelah untung. Orang bawah tak pun.


Contoh program piramid yang ada product Tupperware. Tupperware pun program piramid jugak secara tersiratnya, sebab dia ada masuk ahli dan sape yang lagi banyak ahli dapat untung lebih. Kalau dia pandai promosi, orang banyak beli, dia dapat komisen lebih. So basically ni piramid yang sihat.










Seriously, aku takut sangat dengan apa dah jadi dengan orang zaman sekarang. Sanggup penipu duit orang untuk jadi kaya.


Tahu tak diorang yang duit korang makan tu haram, beli buat belanja, buat makan, jadi darah daging. Bagi anak bini makan duit haram, jadi darah daging. hati jadi gelap. Sebab tu kadang-kadang orang yang banyak makan rasuah, tengak anak mereka. Anak mesti susah nak menjadi, malas sekolah, degil macam macam lagi. Sebab apa? sebab duit tu jadi darah daging.


Sebab tu Islam kata, wajib makan dari rezeki yang bersumberkan halal. Astagfirullah...


Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t di dalam al-Quran:
Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
Al-Baqarah: 168

Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.
An-Nahl: 114

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
Al-Maidah: 88
 credit to saifulbahri





Bawak la pikir ye semua. benda ni bukan main-main.Mari kite sama-sama fikir sejenak isu ni dan perbaiki diri. Korang boleh baca sendiri luahan mangsa yang pernah kene tipu :


http://www.sinarharian.com.my/semasa/penipuan-tawaran-kerja-di-rumah-1.104868

http://rintihan-rasa.blogspot.com/2008/12/menipu-untuk-hidup-atau-hidup-untuk.html


Terima kasih kerana membaca.
Boleh betulkan kalau saya ada silap.:)
Happy reading semua.












Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Saturday, April 19, 2014

Bapa Perubatan semakin kita lupa..

Assalamualaikum, 



Hari ni nak cerita pasal Bapa Perubatan yang semakin kita lupa. Sapa ya? Kalau bukan Ibnu Sina. Mari kite tengak biodata beliau.
 
IBNU SINA



       ابو عليال- هوسساءين ابن ابدالله ابن سينا
BAPA PERUBATAN




 Nama sebenar Abu Ali al - Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina
 Dibarat dikenali sebagai Avicenna.
Dilahirkan pada 370 H bersamaan 981M.
  Beliau dilahirkan di Kampung Afshanah, (dekat Kota Kharmaitan, Propinzi Bukhara, Afghanistan).
Beliau wafat pada  428 H bersamaan 1037 M di Hamadan, Tehran.






PENDIDIKAN IBNU SINA


   Pada usia 10 tahun, beliau telah dapat menghafal Al-Quran.  Pada usia 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu seorang ahli falsafah. Ilmu agama yang dikuasainya seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya.


 Bidang yang dikuasainya ialah falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. Ibn Sina mempunyai seorang ayah yang amat mementingkan pendidikan agama dan juga keduniaan walaupun beliau dilahirkan dalam keluarga seorang pemungut cukai. 


Ibn Sina memang merupakan seorang yang rajin membaca buku. Pernah suatu ketika beliau telah membaca buku "Metafizik Aristotle" sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.   Kemudian beliau menyambung pelajaran ke Jurjan dan bertugas di Hamazan sebagai tabib. 


Di sana beliau berjaya mengubati penyakit Syamsul ad-Daulah pemerintah Hamazan. Kerana kejayaan ini, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. Sewaktu berumur 20 tahun iaitu selepas kematian ayahnya, beliau telah mengembara ke Juran dan bertemu dengan Abu Raihan Al-Biruni. Kemudian beliau berhijrah pula ke Hamadan. 


Di Hamadan, beliau mengarang kitab al-Qanun fit Tibb untuk mengubati Raja Hamdan iaitu Shams al-Daulah. Dari Hamadan beliau menuju pula ke Ispahan (Iran) di mana beliau telah menyempurnakan penulisannya dalam pelbagai bidang. Beliau merancang untuk meneruskan pengembaraannya, namun terpaksa kembali semula ke Hamadan kerana faktor kesihatan yang mana akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir di sana pada tahun 1037M dalam usia 56 tahun.




PENGARUH IBNU SINA
  Penulis-penulis Barat telah menganggap Ibn Sina sebagai bapa perubatan kerana beliau telah dapat menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen serta pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi di samping pengalaman beliau sendiri. Ibnu Sina diberi gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Di-Raja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik dan juga "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran .








SUMBANGAN IBNU SINA


            Ibn Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam bidang perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu perubatan psikosomatis. Beliau telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. 


Dalam buku ini, beliau telah menghuraikan 760 jenis penyakit yang berjaya ditemui dan cara mengubatinya.  Ibnu Sina juga hebat dalam bidang falsafah sehingga mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi). Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam.  


Beliau menulis dalam bukunya al-Qanun Fi al-Tib mengenai penyakit radang, selaput dada dan penyakit paru-paru.Dalam bidang anatomi pula, beliau adalah orang pertama membuat kajian tentang fungsi mata iaitu penglihatan dan fungsi anak mata. Buku-buku yang pernah dikarangnya, adalah berbentuk risalah ukuran kecil, yang kemudiannya dijilid dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo, Mesir.  


Ibn Sina telah menghasilkan sebanyak 250 buah karya yang masih kekal sehingga ke hari ini, termasuklah 116 buah karya dalam bidang ilmu perubatan. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah.   


Dalam bidang kimia pula, menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim.




KARYA AGUNG IBNU SINA

--Al – Qanun Fit Tibb -
FALSAFAH DAN TEORI PERUBATAN MUSLIM




"Al-Qanun fit Tibb" (Peraturan Perubatan) yang mengandungi 14 jilid. Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.


 "Al-Qanun fit Tibb" merupakan karyanya yang termasyhur dan kerap kali dicetak di Eropah pada zaman Renaisans. Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu, Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran"



 Begitu besar sumbangan beliau dalam bidang sains dan juga perubatan. Walaupun kehidupan yang serba kekuranga, beliau masih boleh menjadi seorang yang berjaya serta zuhud terhadap agama beliau, Islam. Beliau masih boleh menuntut ilmu, boleh beribadah serta mengamalkan ciri-ciri Islam sejati dalam kehidupan seharian. Mari lah kita sama-sama mengambil iktibar diatas segala yang beliau lalui. 


Terima kasih sebab sudi membaca :)
Jumpa lagi. 





p/s: Ini saya ambil dari kerja kursus diploma saya (semalam jumpa). terdapat maklumat-malumat dari bahan rujukan lain juga.  












Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr