Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Sunday, May 18, 2014

Bandung, Indonesia : Pasar Baru dan Tangkuban Perahu

Hai peeps!


Sambungan daripada Bandung Travel and Tips aritu. Lama baru ada mood nak sambung. Hehe Sekarang nak cerita perjalanan kami kat sana. So kami sampai Bandung sekitar jam 12 tengah mlm, sampai hotel 1 pagi. Keje gile sikit sebab sampai tengah malam. mehmeh salahkan airasia yer, sebab flight kitaorng delay. Stress gak sikit tunggu. Tp nak wat cemane, nak jalan punyer pasal. Kikiki So sampai-sampai hotel, mesej parent masing-masing, mesej abam-abam yang ada, terus tido.


Actually banyak dah lupa sebab dah lama pergikan and ada jugak yang lupa nak ambil gambar, tapi saya cerita mana yang ada lah yer :)



Pasar Baru Bandung @ PasarBaru Trade Center

The next day we all ke Pasar Baru. Pasar Baru ni lapan tingkat tak silap saya la. So memang seharian duk sini saja. Dari pagi sampai la petang (6 pm). Pasar Baru ni memang heaven bagi wanita.haha tempat shopping kain  pasang, blouse, t-shirt dan macam-macam lagi ada.



Pasar Baru




Tapi yang paling best shopping baju kahwin murah. hehe jimat banyak compare dengan dekat Jakel. hihi tengok gambar tu, semua kitaorang lembang (sepahkan). yelah rambang mata bila tengok semua. haha asalnya dah set tema, last-last lari.haha Tapi takpa memang berbaloi datang sini. Duit pun banyak abis. tssk T__________T




Macam-macam lagi yang boleh cari kat sini. Murah tu memang murah nak compare ngan kat sini kan. Baju renang yang biasa jual dekat Malaysia RM 100++ dekat sana saya boleh dapat dalam RM40. Tapi kene jugak la kos pengangkutan and penginapan semua kan. But since saya dapat tiket and hotel yang berbaloi why not kan :)



Tangkuban Perahu 

Actually Tangkuban Perahu ni bekas gunung berapi yang masih active (kalau tak silap), sebab sekarang pun kadang-kadang dia masih aktif.  Nasib kitaorang baik, kalau pergi dua minggu sebelum, gunung berapi ni active, so masa tu tak dibenarkan melawat la. fuhhh seb baik. hehe 






Tangkuban Perahu ni sangat cantikkkk. tempat dia sejuk sebab atas gunung. Nak naik pun lama jugak la. Bekas gunung berapi yang tinggalkan kawah besar. Kalau tak silap, dipanggil tangkuban perahu sebab bentuk gunung seperti bentuk perahu.



 

 


Di Tangkuban Perahu ni pun ada juga jual barang-barang kraf tangan, t-shirt dan juga lain-lain. Tapi satu je, kalau korang tak nak beli jangan tawar or tunjukkan minat. sebab kalau tak diorang follow sampai la habis. lagi takut kalau diorang force. So kalau tak nak beli, just pangkah awal-awal dan muka kental sikit r. Tak boleh cakap baik-baik. Tapi tak da la kena berkasar. no no just cakap dengan tegas.


Okey tu je setakat ni. Nanti sambung lagi untuk next destination :)
Happy reading guys !




credit : padmatnt, afinarentcar

 








Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Friday, May 9, 2014

MalindoAir May Promotion till 22 May

Hai semua, 



semalam dapat email dari Malindo Air, tapi harini baru ada masa nak share ngan korang. Malindo Air tengah buat promotion, RM55 one way ! weh murah lah tuuuuuuuuu. boleh la, i mean sama harga ngan naik bas, tapi yang ni lebih cepat sampai, tak sakit pinggang 8 jam dalam bas. in my case la sebab from shah alam to terengganu. hewhewhew.


 


Dulu masa belajar, rajin duk cari tikt flight murah and booked awal-awal sebab nak elak naik bas. hahaha kalau harga beratus-ratus tu memang tak la ayah nak kasi. but if i get price like this, he will consider. hehe


so apa lagi, pergi grab cepat-cepat sit Malindo Air. Saya pernah naik malindo air, pernah sekali. Ok not bad, lebih kurang sama jer macam naik airasia. for my case la. 



Malindo air deal includes : 

RM55 one way to 
Langkawi, Johor Bharu, Kota Bharu, Terengganu, Alor Setar and Penang. 

Travel period :  now till 31 March 2015 (tahun depan nih !!)

Booking : now till 22 May 2014


ok pergi book now 



 


cepat grab.
Happy reading guys ^^









Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Saturday, April 19, 2014

Bandung Indonesia Travel & Tips

Hai peeps,


Ni nak cite sikit pengalaman pergi Bandung, untuk rujukan kawan-kawan yg planning nak pergi kan :). I pergi awal februari 2014 with my lovely friends :) ni macam celebrate sempena i habis degree laaa.haha tp padahal ms mi tak keluar result lagi, tp dah abis la last final exam for last year. Hehe so now dah dpt result, Alhamdulillah dah official graduates ! Yeahhh ! 





Actually before kitrg pergi, ktrg byk buat research sana sini (wah mcm nk buat thesis kan). Bukan apa sebab ni first time pergi berjimba oversea ngan kwn-kwn (jakun tak). Pastu kitaorang semua girls, so precautions is a must. Byk baca blog-blog lain dan juga tips la.  So tips before :



1. Book Hotel


Hotel we all booked thru Agoda, sbb harga much cheaper than harga yg hotel tawar. Sbb i memang dah try both. I checked harga kat agoda, then i email the hotel's owner and harga much higher than Agoda. Tapiiiiiiii bukan sume, so based on your luck la.hehe tp actually, i memang lagi suke book guna agoda takpun booking.com. Sbb you boleh confirmed yg hotel tu mmg wujud dan chances untuk kene tipu is less la. Tips utk tempah hotel kat agoda or booking.com, baca review dan check hotel location betul-betul. 



So ktrg duduk hotel Rumah Asri Guesthouse. I myself puas hati dengan servis hotel ni, bilik okey, layanan ok, pekerja dia semua baik baik. Bos dia je baik garang sikit. Urm walaupun bilik, takde la besar sgt tapi setimpal dengan harga. Tapi worth la. Breakfast pun hari hari ade, walaupun makanan tu pelik pelik sikit. Yelah dah nama tempat orang kan. Internet dia superb ! Sebab masa kitrg pergi tu takde org tau. Nampak la kosong tapi best sebab boleh concur. Haha 



Pssssstt nak bisik bisik, hotel ni berada di kawasan perumahan orang-orang kaya la di Bandung. Masa kitaorg masuk tu semua terpegun tgk rumah besar besar. Hehehehe 





Ni hotel dia. Cantek kan. Cantek, murah setimpal dengan harga. 
Source : google




Ni bilik dia. Bilik bersih, sederhana besar. 
Source : google


Tips : ramai review dekat agoda cakap,rumah ni susah nak cari. Tapi we found the solution, bagitau teksi tu Jalan Setrasari Kulon 5. No.10 Sukajadi. Mesti teksi tu jumpa punyer! Even ktrg dah hafal lorong lorong perumahan tu.hehehe 





2. Hotel location


Lokasi sesuai utk hotel, dimana dekat dengan Pasar Baru. Paris Van Java dan other shopping outlet are Suka Jadi, Jalan Riau, Jalan  Dago and etc. Kawasan-kawasan ni lah yg dekat dengan shopping 'paradise' haha, so korg boleh jimat duit teksi. Hotel kitaorang dekat dengan Rumah Mode and seangkatan dengannya. 




3. List of Places

Before pergi ktrg ada buat list of place yg nk pergi and cek harga each of it utk estimate berapa total expenditure kan. Juga utk merncg betul-betul supaya tak waste time la. Padahal ktrg pergi dekat 7 hari. Mula-mula igt lame tau, rupenye bile duk sane, tkde mknye lame, duk shoping shoping shoping tak igt dunia dah. Haha 


Antara tempat menarik di bandung : 

(shoping) Rumah Mode, Paris Van Java, Rumah Mode, Pasar Baru, Secret Factory outlet, Factory Oulet di Jalan Dago, Jalan Riau, Jalan Cihampelas. 


(view) Tangkuban Perahu, Taman Strawberry, Saung Angklung Udjo (perkambungan budaya), Taman Wisata Alam Cimanggu, Situ Patengan, Kawah putih, Wisata Agro Gunung Mas, Pasar Terapung, Trans studio. 


(makan) Kampung Daun, Stone Cafe,




4. Plug

Di bandung guna plug 2 pin bulat. So jangan lupa bawak universal plug tau. Manakala di jakarta guna plug jenis 2pin bulat atau 3 pin macam Malaysia. Jangan lupa bawa, nanti habis batery matiii.hehe


Plug dua pin bulat.
source : google



5. Air minuman dan makanan

Ramai yang tulis pasal ni. Pasal jangan minum air yang di jalanan. Sepanjang kitaorang kat sana tak pernah minum air di jalanan sebab takot. Air masak yang bawa bekal semua mintak di hotel, air mineral. Tapi kami minum air sejuk di kedai makan, okey je. Cuma pengalaman pahit di sana, kawan kami 2 orang terkena keracunan jugak, cerry bery dan muntah muntah. Namun kami tak dpat pasti puncanya dari mana. Pelik jugakk. So korang kene siap sedia ubat-ubat sepatutnya k. Untuk langkah berjaga-jaga. 



6. Teksi


Satu je benda saya benci sangat kat bandung ni sebab kene tipu dengan teksi. Jangan main tau, dia tengok semua anak dara dia kencing kami. Last skali ktrg fight balik. Geram. Yelah tadi cakap lain ni cakap lain. So bagi korang korang yang tak nak sakit hati macam ni. Saya cadang guna teksi Bluebird SAHAJA. nampak tak sahaja tu BESAR. ye penekanan di situ. Teksi ni je satu satunya yang betul betul guna meter. 



 Bluebird Teksi.Ingat Lambang dia tu k.


Teksi dia vios color turquoise. ada lagi satu teksi vios color ala-ala turguoise jugak tapi gelap sikit. Yang tu pun penipu. Haram maklum. kami pernah naik, mula-mula ingat dia pakai meter sebab meter berjalan je. last-last sampai kat destinasi, harga 20000rp tetiba dia cakap 40000 rp. Wadahekk? Geram giler. Kalau dia tak tipu, ktrg boleh bagi tips tau, sebab yelah paham jugak kan. Tapi bile kene tipu macam ni terus. demmm.



Bluebird ni boleh call dan pickup korang kat mana mana. So boleh cari directory kat sini Bluebird Directory. Tapi kalau korang call, tapi tak naik dia charge 25000 rp tak silap. Tapi jgn la buat mcam ni k. Kalau call, dia datang naik la ye. Cume sabar sikit. Tapi inshaAllah cepat je dia sampai. Teksi lain jangan la. Nak nak yang depan Pasar Baru yang tu teksi mafia tau. Dia kencing korang kaw kaw. Kalau aku, menyirap dah. Pffffff. 



Ha stakat ni. tu je dulu tips nyer. nanti ada lagi saya update ye.
sebab saya pun dah ingat-ingat lupa dah. 
Jangan segan komen !


Enjoy guys !



p/s : Nanti ada lagi entry untuk tempat-tempat menarik yer :)













Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Sunday, April 13, 2014

Visit Singapore - Universal Studio

Hai, 


Arini nak cerita trip pergi Singapore (tahun bile ntah lupa dah sbb lame dah, eh rs dalam 2010/2011). Kami pergi satu family, bertolak dari terengganu (home sweet home) then sampai johor. Tidur dekat Mutiara Hotel Johor , (untuk penjimatan berganda) sebab ynag macam kita tahu kan, singapore punyer currency lg mahal dari kita sbb tu lah kene penjimatan berganda. hahaha. Masa tido kat Hotel Mutiara tu jumpa Ahmad Idham tau ngan family dia. sedikit teruja la sbb kite ni jrg jumpe retiss. hahahah jakun kannnn ( tu pun nak cite, org lain da berlambak da jumpe dia). Cissss

 Oh ya, dari johor korang boleh naik bas tau, straight sampai depan pagar Universal Studio. betol, tak caye sudah. Bas tu dari Johor ---> Universal Studio RM 5, balik dari Universal Studio ----> Johor 5$ Singapore Dolar. Bas tu dekat setsen bas Larkin, Johor Bharu dekat je dari Hotel Mutiara tu. Tapi ni info masa tahun 2010 tau. uolls kene check balik rate untk tahun ni.  I takut misunderstood nanti :)

Ni ha gambar bas tu.

Once dah sampai, ape dalam fikiran I, singapore ni negara yang memang bersih. I salute diorg bab tu. Sebab ape, masa dalam kereta i ternampak ada kerja-kerja tar jalan, not the whole jalan, tapi tar lubang yg kat jalan. so i nmpak diorg potong lubang tu bagi square then baru bubuh tar tu same level macam yang asal. so tak nampak pun jalan tu sbnrnye ada lubang sbelum ni. tu tak kisah la kan, yg jadi masalah bile tar main lantak je ni. jalan tu jadi tak rata, tetiba ada setompok tar (selompok dia taruk dlm lubang tu). akhirnya tayar keta aku plak rosak kan. ok dah dah membebel. 


Back to our business. (business la sgt). Ok sampai dekat universal studio tu, raaaaamaaaaaaii gilerrrr orangggg. a bit sad, i lupa nak ambil gambar org tengah ramai-ramai tuhhh. haha betol, ramai gilerr org sebab tu time cuti sekolah. Tapi satu la, masa i pergi tu cuti sekolah and then christmas. so bad laaa. but tak cuba tak tau. heee 

So dalam banyak-banyak tips i nak bagi yg paling utama adalah :


  1. Jangan pergi time cuti sekolah unless u nak beratur panjang-panjang yang boleh membawa kepada tahap kesabaran dewa. seriously memang tercabar.  
  2. Tapi kalau tak de hari lain jugak, just ada school holiday je yg boleh gather satu family, belilah express tiket. tapi harga dua kali ganda tak silap i.  
  3. Beli tiket USS online and print. Kitrang terselamat daripada beratur panjang dekat kaunter tiket adalah sebab adanya i yang telah booked online USS ticket. haha nasib baikkk fuhhhh. (berbangga kejap)
  4. Nak tukar duit tukar lah siap-siap kat Malaysia, sebab i tukar dlm USS tu beza giler harga. so rugiiiiii lahhhhhhhh. baru nk borong byk-byk souvenir. stressss.

Ok dah dapat masuk USS dah happyyyyy ! yeayyyyy ! Oh jgn lupa, maps yang dia bagi tu sgt berguna. memang ktrg berpandukan maps tu je. nak cari tempat makan halal and etc etc. so jgn buang tau ! Boleh download maps LINK HERE

Kitrg tersilap masuk yg non-halal punyer kedai (tak sempat duduk lagi) , pastu nasib baik ada sorg pekerja ni dtg and bgtau, terima kasih ye encik pekerja :) 


Ok enjoy gambar kat bawah !

Ni Hollywood tak silap

 
Bole jalan2 ala-ala dekat hollywood. haha sgt cantekk !
Lagi ada Monster Rock at Pantages Hollywood Theater.

 New York.


 Lights, Camera, Action! hosted by Steven Spielberg. 
Dia tunjuk macam mane diorg directed movie yg nampak real. mmg real pun siap ada hurricane and terbakar. So niceee !  Dekat New York ada lagi Sesame Streets Spagheti Chase and etc etc.



Sci-Fi City  





Sci-Fi City paling best, bagi i la, sbb kitrg suke naik roller coaster ! Nampak tak roller coaster tu ada dua. giler best yang color biru tu macam kite tergantung, kaki terhuyung-hayang je. kene cabut kasut. Mane tak teruja mak. hahaha best sgtttttttt. Mama kat bwh tengo empat org anak dara dia naik benda alah tu, Istigfar terusss. Mmg kalau nak pergi lagi sebab nak naik benda nih. haha 


Lagi dekat Sci Fi ada  Transformer, Battlestar Galactica (Roller coaster tu) and Accelerator. Transformer pun best jugakkkkkkkkkkkk, dia sebenarnya ( melalui pemerhatian kami la), dia bagi korg naik kereta ala-ala transformer pastu duduk dlm scene yg mcm 5D bumblebee baling korg pastu kereta tu jatuh bangunan laju-laju pastu lempar sana lempar sini pastu ada bara api menghala kat kereta korg (macam rel siap rs panas api tu). Kesimpulannya sebenarnya ada rollercoaster jgk dlm tu tp tak nampak la. Tp best. 10 bintang !!

Ancient Egypt

Dekat Ancient Egypt ade Revenge of the Mummy. yang ni mcm msk rumah hantu skit. rsnye la, sbb kite xmasuk sbb pekerja die ckp mcm tu. kite mmg penakut banyak. haha so tak msuk.


 Treasure Hunter. yang ni mcm sesuai uk kanak-kanak skit.hehe sebab slowww gitu naik kete api tu and pusing-pusing. tapi yg dewasa nak naik jgk pun bolee. kita bayar OK! haha

Pastu makan kat kedai ala Arab ni Oasis Spice Cafe (halal), terkejut tgk harga, bukan ape sbb bile convert currency satu pinggan ns briana harga RM30 tp bedal jelah sbb mmg lapar. dari pagi sampai malam kot ktrg kat sana. syokkkkk.


 
 Sory gmbr senget. dah tukar tapi die tetap senget. lantak dia lah, kepala senget kot.
 
Anddd kitrg bwk backpack setiap sorg sebab nak isi air mineral banyak-banyak (sbb ktrg memg suke dahaga) dan roti gardenia coklat banyak-banyak, incase dlm tu tak banyak kedai halal.  satu lagi, botol air yang dah kosong jgn buang. nani nak guna buat tadah air utk amik air sembahyang dan utk ke tandas. mcm uols tahu tandas dia xpakai air. Opsss. pastu masa kitrg pergi tu surau dia tak siap lagi, so sembahyang kat satu bilik kecik kat customer service dan amik air sembahyang kat tandas (sedihkan). Tapi i dont know now dah siap ke belum surau tu. sbb masa i pergi tu ada mak cik tu berani sound kat pekerja USS tu, dia kate " U tahu customer u from Malaysian and muslim so u supposedly sedia la surau utk sembahyang" and then i salute mak cik tu. memang patut kene marah. hehe

Far Far Away




Dekat Far Far Away ala-ala Disneyland gituwww. hehe Ada Shrek 4D yang bersin depan muka kite. Betul2 rs geli.hahaha pastu ada Donkey Live, Enchanted Airways, Magic Potion Spin and haa tu jelah. Tapi best best best. Kene cube sume. Yang mcm teater tu Donkey Live. Nice Experience. 

The Lost World


This one Meet Diane if I not mistaken. Tapi satu  je, i rasa tu tipu la, bukan yg betul. mane ade wujud lagi kan kan kan. (Rs cam bodoh gi caye) haha Tp memang takkk a nak caye! haha 





ok gambar ni lawak.hahaha pak cik buat pose ni then ktrg pun amki jgk laaa.hahaha nice one! Di Lostworld ade Amber Rock Climb, Canopy Flyer (best), Dino Saorin, Jurassic Park and WaterWorld. Kitrg x try sume pun sbb tak sempat (even sampai malam) 

  
Night View

 
 USS view on night :)
 Hope you guys enjoy.
Thank you for reading this :)



Ketahui lagi:
 Najib berkahwin dengan tunang orang?








Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr