Akak nak share dokumen-dokumen penting yang korang kena sedia untuk submit pinjaman perumahan / housing loan. Ni berdasarkan pengalaman akak dan akak nak share sementara akak ingat. Nanti lama-lama akak lupa dah haha.
Dokumen Penting untuk Pinjam Perumahan :
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Slip gaji (3 bulan), untuk yang ada elaun overtime (OT) perlu sediakan 6 bulan.
3. Penyata KWSP yang latest - boleh ambil di kiosk kwsp atau nak lagi senang daftar online. print sendiri, jimat.
4. Penyata akaun bank keluar masuk (akaun gaji).
5. Surat Sah Jawatan dari company.
6. ASB / Tabung haji - ini boleh jadi extra point kalau korang ada. Korang dapat markah lebih. ASB juga dikira sebagai pendapatan. Ada cara kira percentage dia tapi akak lupa. Jadi kalau korang ada ASB/Tabung haji, just fotostat muka depan buku bank dan latest transaction.
7. Kalau korang ada buat investment contohnya Public Mutual, boleh print penyata korang dan lampirkan sekali. Ini di kira sebagai side income jugak.
8. Bagi yang bekerja OT, seeloknya lampirkan sekali borang EA (income tax) untuk dua tahun berturut-turut. Tapi pastikan annual gross korang cantik. Cantik itu means samada annual gross korang meningkat atau pun lebih kurang. Contoh kalau annual gross tahun 2016 RM22000K, pastikan annual gross tahun 2017 RM22000K dan keatas. Ini dapat membuktikan pada pihak bank bahawa income korang stable.
Akhir sekali, pinjam perumahan tak sama macam pinjaman kereta. Ini kerana tempoh pinjaman yang lama antara 30-35 tahun, dan juga nilai pinjaman yang tinggi. Jadi pihak bank akan sedikit cerewet memandangkan diorang perlu pastikan yang korang mampu untuk membayar ansuran bulanan.
Jadi tips tambahan :
1. Cantikkan slip gaji anda.
2. Cantikkan CCRIS dan CTOS korang.
3. Jika ada pendapatan tambahan senaraikan dan lampirkan.
4. Jangan malu untuk pergi survey dari bank ke bank.
Untuk tips tambahan, akak akan terangkan di next entry supaya bagi korang paham details sikit.: TIPS TAMBAHAN PINJAMAN PERUMAHAN DILULUSKAN
Nak beli rumah bukan senang. Kena banyak tuntut ilmu dan baca kisah-kisah orang lain supaya kita tak tersilap langkah. Jadi selamat membaca !
No comments:
Post a Comment