Tuesday, December 5, 2017

TIPS TAMBAHAN SUPAYA PINJAMAN PERUMAHAN DILULUSKAN

Assalamualaikum,

Sperti yang akak janji. Akak nak cerita sikit tips tambahan supaya pinjaman perumahan korang dapat diluluskan oleh pihal bank. Akak bukan kerja bank yer haha. Ni semua berdasarkan pengalaman akak dan pembacaan akak. Jadi akak nak share kat korang, sebab akak pernah berada ditempat korang, mencari ilmu untuk membeli rumah. I feel you (TT). Jadi akak harap dengan sharing tips ini dapat membantu korang.

Tips tambahan supaya pinjaman perumahan korang senang untuk lulus :

1. Cantikkan slip gaji korang. 

Yang ni terutamanya yang bekerja sendiri dan yang bekerja ada elaun overtime. Korang jangan sedih even gaji basic korang rendah, tapi elaun OT korang tinggi, korang masih ada harapan. Cuma perlu ada ilmu. Jadi bagi yang bekerja sendiri dan elaun OT, cantikkan slip gaji korang selama 6 bulan. Dalam masa 6 bulan tu maintain gaji yang OK dan nilainya lebih kurang. Kalau ada satu bulan yang nilainya tersangat berbeza (means rendah dari bulan-bulan yang lain), pihak bank akan menjadikan ia sebagai benchmark korang. Jadi kalau korang target nak beli rumah mahal sikit, pastikan slip gaji korang 6 bulan tu dapat maintain nilai yang korang inginkan.


2. Cantikkan CCRIS dan CTOS korang.

Pastikan PTPTN dibayar secara berterusan tanpa ada lopong-lopong selama 12 bulan. Jika satu bulan pun korang terlewat/tak bayar, ia akan memburukan rekod CCRIS dan CTOS korang. CCRIS dan CTOS ni akan senaraikan semua hal ehwal kewangan korang, terutamanya yang berkaitan dengan bank. Contohnya, pinjaman kereta, pinjama pelajaran (PTPTN), kad kredit, pinjaman peribadi, AEON credit, ASB dan seangkatan dengannya. Yang tak tersenarai dalam CCRIS dan CTOS antaranya : insuran, tabung haji, Unit amanah / saham dan lain-lain. Jadi pastikan korang bayar on-time kereta, PTPTN atau kad kredit korang. Pastikan cantik untuk 12 bulan. Kalau sebulan tak cantik, korang kena repeat again cantikkan selama 12 bulan. Sebabnya CCRIS dan CTOS ni akan update every 12 bulan. Kitaran dia gituu. Sekiranya korang dah cantikkan bulan ke 11, tapi bulan ke 12 tak cantik, sila ulang lagi selama 12 bulan. haha sebab dia akan update kat sistem every 12 month.

Lagipun bagi akak, kalau korang ada buat pinjama kereta / pelajaran tu bayar jer on-time, jadikan habit. Habit bayar on-time ni bagus, dispiln kan diri kita. Kalau rasa tak mampu jangan buat hutang. sebab hutang memang kena bayar. Bagi fresh grad, jangan sibuk kumpul hutang (cth : pinjaman peribad/ kad kredit). RUGI. kumpul lah cash money or invest dalam ASB/ unit trust. Sungguh akak cakap. Kalau nk masuk Public Mutual, contact akak nanti akak deal. hehe

5. Jangan Segan untuk Survey dari Bank ke Bank

Akak dan suami sebelum submit loan, kami survey dari bank ke bank (almost semua bank) untuk korek ilmu lagi. Korang pergi jer bank, bawak salinan slip gaji 3-6 bulan tu, jumpa pegawai untuk loan perumahan. Bagitau dia, encik boleh saya tahu kelayakan perumahan saya berapa dengan gaji sekian-sekian. Nanti dia akan kira dan estimate berapa yang korang layak. Masa ni juga penting untuk korang survey interest rate bank itu berapa dan package2 loan yang ditawarkan. Sebagi cth sekarang ada Skim Rumah Pertama. Jadi tanya lah semua soalan yang korang tak paham tu, nanti dia akan jawab. Even nampak kita bodoh, tanya jer haha.

So dar yang akak survey, Skim Rumah Pertama ni memang bagus, sebab legal fee dapat 50% diskaun, 2 tahun pertama kerajaan tanggung RM200 tak silap akak dan pinjaman inshaAllah boleh lulus 100%. Ada juga bank yang menetapkan syarat, gaji lebih RM5k tidak layak untuk skim ini, walaupun memang kita nak beli rumah pertama. Tapi korang kena tahu, kebanyakan bank berikan interest rate yang tinggi untuk skim ini cthnye 5.6% tinggi tuuuu. Jadinya ada pro and cons dia disitu. Kat sini lah ilmu itu penting, korang kena study apa kelebihan kalau ambil skim ni atau skim lain.

 Macam akak, bila akak buat calculation, skim ni macam merugikan akak sebab interest rate yang tinggi. hahaha Jadi kitaorang decide amik skim housing loan yang biasa (islamik). Skim islamik dan conventional loan juga perlu study. Banyak nak cerita. Nanti akak ulas berkenaan Islamik dan Conventional loan ok.


4. Pendapatan Tambahan

Jika korang ada pendapatan tambahan sebagai contoh perniagaan sampingan / rumah sewa. Lampirkan penyata bank duit keluar masuk untuk perniagaan tersebut. InshaAllah korang akakn dapat extra mark.


Harap maklumat yang akak berikan dapat membantu korang yang tengah runsing tu hehe. Kalau ada pertanyaan boleh komen. Kalau akak tau inshaAllah akak jawab ya. Terima kasih.











Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

No comments:

Post a Comment