Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Finally..we did it !

hello peeps !


harini mood baik sikit. hehe baru lepas balik dari konvo. tapi dekat seminggu dah. haha cuma takde masa nak buat post gambar.sebab malas nak transfer dari camera to laptop. Lepas tu balik dari konvo aritu terus je kene tolong mak cik, kene jadi babysetter. Mak cik kene pergi hospital. so ai tunggu rumah dia la, hantar anak-anak pergi sekolah sume dah suri rumah. cewaaah. lelebih je tu. ok panjang membebel.


thanks izzah, bella and rehe for the flower :)



Ni classmate ai. thankguys! finally kita boleh convo sama-sama and i cherish all our precious moments in shah alam till now. teringat zaman kelakar masa degree.Tiga orang je boy, ahaks. nilah kalau course bio. hehe 


So, finally i did it ! after encounter the difficulties all that, i come to this today. So happy and this is my present to mu parents. yeah they gives so much support during that and thank you mama and abah !








Masa sidang aritu tu, Tan Sri Sahol aka Ayahanda yang bagi scroll. hikhik. sampai tergagap-gagap nak cakap terima kasih Tans Sri. kelakar bila ingat balik. mana tak berdebar, nama kita first panggil untuk course kita T__T. Sampai depan dia, tunduk pastu teeteerima kasih...Tan Sri. bahaha Tan Sri tu lepas dah jalan sikit baru cakap. sebab baru teringat. bahaha boleh gak gitu. rehaa jelah.


Lepas convo aritu pergi jumpa lecturer nak bagi keropok. as i wish aritu. hehe bukan apa sebab sangat-sangat berterimakasih dekat lecturer sebab banyak tolong and sudi turunkan ilmu kat kitaorang. Tapi tak leh jumpa pun sebab cuti wesak. sobs sobs. So saya letak je kat luar bilik dia. Hope takde orang curi. aminnn.


Yang sempat jumpa sorang je, tu pun dia terkejut sebab dia kata, "arini kan cuti wesak, macam mane u tau i kat sini?" rasa nak jawab i know la Dr. hikhik. tipu tak jawab macam tu pun. behee. Konvo kat shah alam meriah la sikit berbanding dulu kat kampus cawangan. hehe



terima kasih lecturer dan cikgu saya ! eh gambar takde kena mengena.. 



ok thanks for reading this !
bai.









Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Cara nak menawan hati pasangan #1

Hai semua !


cewah tajuk kan, bukan main. hahaha saje nak share ngan korang sebab saya dapat email tentang ini daripada En.A. hehe


Masalah dalam hubungan ni memang boleh buat kita pening kepala kan. Tulah kadang-kadang sebab ego, baik lelaki atau perempuan. Sebabnya ada jugak tau perempuan yang ego tinggi melangit. hehe Tapi kadang-kadang kita buat tanpa kita sedarkan. Yelah, sebab tulah kene tambahkan ilmu daripada pembacaan. Serious, saya biasa belajar hal-hal berkaitan dengan hati dan perasaan ni daripada pembacaan, kisah-kisah yang orang. Bukan ape, sebab dari situ kita dapat sedar baik dan buruk serta muhasabah diri orang kata. ^^


Masalah biasa yang kita dengar dalam perhubungan, macam biasa, kurang komunikasi, cemburu dan sikap tak ambil peduli. Sikap tak ambil peduli ni biasanya lelaki kan? haha lelaki diluar sana jangan marah yer. Bukan semua, but some. Saya pernah dengar kisah benarlah cewahh, hihi iaitu kawan saya sndri yang mengalaminya, lelaki tu boleh buat donno je bila balik ke kampung masing-masing. Maksudnya masa bercintan-cintun di Universiti okey, bile cuti semester senyap seribu bahasa. haha tak tahu apa masalah dia. aishhhh...


Tapi masalah-masalah yang berlaku ini juga kadang kala datang dari kita sendiri tanpa kita sedar. Kita tidak sedar salah kita dan tidak berusaha untuk membaiki diri demi perhubungan. Sebab tu, bila masalah menimpa jangan salahkan pasangan, renung dan muhasabah diri serta cuba perbaiki diri sendiri agar tidak menyumbang kepada pertelingkahan.


So, harini nak share sikit info nak memikat pasangan masing-masing. hehe ^^



Terima seadanya





Ini adalah satu yang penting, kenapa? kerana kita tak boleh mengubah orang sesuka hati. Kalau boleh, terima lah pasangan anda seadanya. Bersyukur dengan apa yang ada itu lebih penting daripada mencari perfectionist. Mana ada orang yang perfect dalam dunia ni! semua orang ada kekurangan masing-masing. Bagi saya, pasangan adalah untuk melengkapkan diri saya yang serba kekurangan ini. Mana yang kita kurang, dia tambah, mana yang dia kurang kita tambah. elok kan gitu? ^^

Sebab itu juga kita biasa lihat, orang senyap kahwin dengan orang banyak mulut. Sekali imbas, pelik kan? Contra gile. tapi Allah adalah perancang yang terbaik. Kalau dua-dua senyap, sunyi lah rumah. hehe ibaratnya lah ^^ hihi



Berkomunikasi secara terbuka





Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Kadang-kadang kita suka negative tihingking kan, even saya pun.hehe Tapi sikap ni kena buang tau. Sebab dari kita penat-penat buat andaian, baik kita berterus terang dan ajak pasangan berbincang secara terbuka. OK. SECARA TERBUKA. Nampak tak huruf besar.haha sebab itu penting. 

Pastikan sebelum berbincang tu, emosi stabil, baru boleh berbincang secara terbuka. Kedua-dua juga perlu belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.


Aktiviti bersama




Aktiviti bersama sememangnya cara terbaik untuk merapatkan hubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, ambil tahu hobi masing-masing dan luangkan masa bersama untuk melakukannya bersama-sama. Cuba fahami hobi dia, even kalau tak suka, cuba untuk support mana yang mampu. Sebab kita kenalah accept orang yang kita sayang seadanya. Janganlah mentang-mentang tak suka hobi dia, suruh dia tukar hobi. tsskk ni perhubungan tak sihat T__T, melainkan hobi dia tu pelik sangat dan tak berguna. behee



Tunjukkan cinta anda





Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.



Kawal perasaan






Kadang-kadang ada juga time kita kuat melenting dan juga kadang-kadang datang angin panas baran. Ini mestilah dielakkan. Bila datang masa-masa macam ni, cuba bertenang dan beristigfar. Bila kita marah, syaitan lagi kuat menghasut dan kita pula akan melakukan benda yang tak sepatutnya. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Siasat dan tanya sebelum menuduh melulu. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi. 



Semua orang ada masalah masing-masing dengan pasangan kita kan. Biasanya penyelesaian apa yang korang ambil? jom sharing dan jangan mengalah yer. Jom baikinya sebelum terlambat ! 



Jom sama-sama kita baiki hubungan with the one that we love ! 

Terima kasih sudi baca !



 Sebelum dan Selepas Kahwin Apa Jadi?

credit : myheart









Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Sunday, May 18, 2014

Cinta perlu sebab ke?



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...






Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?   
       
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu
          abang memang cintakan Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang
          boleh katakan abang sayang dan cintakan saya
          sedangkan  abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi  abang boleh
          buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak  abang terangkan
          kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
          mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu
          menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
          dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
          sebabnya.



Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selaluAbang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. 
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. 



Surat tersebut berbunyi begini: 


Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimy... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. 


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..... sekarang bolehkah engkau melangkah? 

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? 


Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati." 







you are the cheese to my macaroni. 
You are the horizon to my sky. 
You are the water to my ocean.
You are the jelly to my peanut butter.
You are the smiles to my face.


credit : google










Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Thursday, March 27, 2014

The Love Story Contest by Poh Kong - 15 hari lagi


Okey sape yang baru dengar pasal ni. 

The Story Love Contest Session 2 by Poh Kong !!
From : February 2014 - 11 April 2014. 
Cepat grab the chance !!!


Korang tau tak apa hadiah dia? 
Ni ha 
Grand Prize Winning couple of “The Story of Love” Contest Season 2 will win

1) a RM8000 worth Hemera Diamond Ring,
2) Photography Package from Touch Wedding Group,
3) Mary Chia body detoxification treatment together with product hampers 
4) 3D2N stay in Sari Pacifica Beach Resort & Spa! 



Ok dah tutup mulut tu. Tau terkejut. Tapi jgn la nganga sgt mulut tu. Hahaha 
Terkezut kan. Akak pun tekezut!!

Ni detail contest 




Nak masuk contest ni? Direct to contest page


Jadi apa lagi, cepat la pergi karang love story koranggg!!!!!!!!!!!
Cepatttt!!!!!!!!!!!!!!!

Akak pun nk pergi ni. Bye byeee!!!!!!!!!!!!!!!










Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Thursday, April 7, 2011

Have u ever been lonely?



have u ever been so lonely??
right now i feel soooo lonely...i dont know what my mistake... 
but, people seem to be far and far from me...
from time to time..
i become more lonely,

feel sad
feel like want to cry
feel like no one love me
feel depressed
all in one at this time
are always hunted me..

they seem to be unhappy to me
they seem to give me the "face"










Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Saturday, December 18, 2010

Nak tahu rahsia Lelaki?? CheckitOut!




*nothing related to this pic

LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.

Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian. Oleh itu, sedikit kajian telah dibuat untuk mengenali lelaki melalui tindakannya: 


 
* Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain. 

 

* Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama. 

 

* Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama

 

* Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan lelaki. 

 

* Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya. 

 



* Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.

 




* Andai lelaki menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan anda kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan anda.

 

* Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia tidak gemar dengan apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya. 

 

* Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan:- Dia sayang dan takut kehilangan anda- Dia mahu menguasai anda- Dia tidak mahu ada pesaingan- Dia mungkin mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda. 

 

* Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan terus berleter, buruk akibatnya. 

 

* Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya anda tidak melakukan perkara yang sama. 

 

* Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan, apakah anda benar cinta dan sayangnya.Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.









Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Wednesday, December 15, 2010

Partner (Korean Drama)~~


THE PARTNER

Genre: Law, Romance
Category: Korean Drama
Film Date: June, 2009
Episodes: 16

Synopsis :
“Who is your partner?”
When you take a look at the definition of ‘Partner’, it gives you synonyms such as colleague, sharer, spouse, and accomplice. Partner is a person who is strongly associated with me; the one who knows me very well and stays by my side.The word ‘Partner’ takes a different meaning when it is used in law firm. Partners are the people who survived from the power struggle. They are executives who are on the top of the law firm pyramid.
Enterprises are law firm’s partners. Law firms fight each other to become a partner of business. They struggle to be close to power and to become a slave of money.There are some lawyers who want be the partners of commoners as well. They are willing to be the spokesperson for the underprivileged.It is a story about partner; the one who is going to stay by your side and fight together in front of law.

who want to watch this drama online you can go to this link :D





:)) thanks for reading this :D

see u again 








Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr