Sunday, May 18, 2014

Cinta perlu sebab ke?



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...






Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?   
       
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu
          abang memang cintakan Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang
          boleh katakan abang sayang dan cintakan saya
          sedangkan  abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi  abang boleh
          buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak  abang terangkan
          kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
          mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu
          menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
          dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
          sebabnya.



Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selaluAbang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. 
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. 



Surat tersebut berbunyi begini: 


Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimy... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. 


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..... sekarang bolehkah engkau melangkah? 

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? 


Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati." 







you are the cheese to my macaroni. 
You are the horizon to my sky. 
You are the water to my ocean.
You are the jelly to my peanut butter.
You are the smiles to my face.


credit : google










Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

1 comment:

  1. sedihnya......
    cinta yang ditunjukkan dengan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin adalah lebih bermakna dari cinta yang terlahir dari di tepi bibir

    ReplyDelete