cewah tajuk kan, bukan main. hahaha saje nak share ngan korang sebab saya dapat email tentang ini daripada En.A. hehe
Masalah dalam hubungan ni memang boleh buat kita pening kepala kan. Tulah kadang-kadang sebab ego, baik lelaki atau perempuan. Sebabnya ada jugak tau perempuan yang ego tinggi melangit. hehe Tapi kadang-kadang kita buat tanpa kita sedarkan. Yelah, sebab tulah kene tambahkan ilmu daripada pembacaan. Serious, saya biasa belajar hal-hal berkaitan dengan hati dan perasaan ni daripada pembacaan, kisah-kisah yang orang. Bukan ape, sebab dari situ kita dapat sedar baik dan buruk serta muhasabah diri orang kata. ^^
Masalah biasa yang kita dengar dalam perhubungan, macam biasa, kurang komunikasi, cemburu dan sikap tak ambil peduli. Sikap tak ambil peduli ni biasanya lelaki kan? haha lelaki diluar sana jangan marah yer. Bukan semua, but some. Saya pernah dengar kisah benarlah cewahh, hihi iaitu kawan saya sndri yang mengalaminya, lelaki tu boleh buat donno je bila balik ke kampung masing-masing. Maksudnya masa bercintan-cintun di Universiti okey, bile cuti semester senyap seribu bahasa. haha tak tahu apa masalah dia. aishhhh...
Tapi masalah-masalah yang berlaku ini juga kadang kala datang dari kita sendiri tanpa kita sedar. Kita tidak sedar salah kita dan tidak berusaha untuk membaiki diri demi perhubungan. Sebab tu, bila masalah menimpa jangan salahkan pasangan, renung dan muhasabah diri serta cuba perbaiki diri sendiri agar tidak menyumbang kepada pertelingkahan.
So, harini nak share sikit info nak memikat pasangan masing-masing. hehe ^^
Terima seadanya
Ini adalah satu yang penting, kenapa? kerana kita tak boleh mengubah orang sesuka hati. Kalau boleh, terima lah pasangan anda seadanya. Bersyukur dengan apa yang ada itu lebih penting daripada mencari perfectionist. Mana ada orang yang perfect dalam dunia ni! semua orang ada kekurangan masing-masing. Bagi saya, pasangan adalah untuk melengkapkan diri saya yang serba kekurangan ini. Mana yang kita kurang, dia tambah, mana yang dia kurang kita tambah. elok kan gitu? ^^
Sebab itu juga kita biasa lihat, orang senyap kahwin dengan orang banyak mulut. Sekali imbas, pelik kan? Contra gile. tapi Allah adalah perancang yang terbaik. Kalau dua-dua senyap, sunyi lah rumah. hehe ibaratnya lah ^^ hihi
Berkomunikasi secara terbuka
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Kadang-kadang kita suka negative tihingking kan, even saya pun.hehe Tapi sikap ni kena buang tau. Sebab dari kita penat-penat buat andaian, baik kita berterus terang dan ajak pasangan berbincang secara terbuka. OK. SECARA TERBUKA. Nampak tak huruf besar.haha sebab itu penting.
Pastikan sebelum berbincang tu, emosi stabil, baru boleh berbincang secara terbuka. Kedua-dua juga perlu belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.
Aktiviti bersama
Aktiviti bersama sememangnya cara terbaik untuk merapatkan hubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, ambil tahu hobi masing-masing dan luangkan masa bersama untuk melakukannya bersama-sama. Cuba fahami hobi dia, even kalau tak suka, cuba untuk support mana yang mampu. Sebab kita kenalah accept orang yang kita sayang seadanya. Janganlah mentang-mentang tak suka hobi dia, suruh dia tukar hobi. tsskk ni perhubungan tak sihat T__T, melainkan hobi dia tu pelik sangat dan tak berguna. behee
Tunjukkan cinta anda
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.
Kawal perasaan
Kadang-kadang ada juga time kita kuat melenting dan juga kadang-kadang datang angin panas baran. Ini mestilah dielakkan. Bila datang masa-masa macam ni, cuba bertenang dan beristigfar. Bila kita marah, syaitan lagi kuat menghasut dan kita pula akan melakukan benda yang tak sepatutnya. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Siasat dan tanya sebelum menuduh melulu. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.
Semua orang ada masalah masing-masing dengan pasangan kita kan. Biasanya penyelesaian apa yang korang ambil? jom sharing dan jangan mengalah yer. Jom baikinya sebelum terlambat !
Jom sama-sama kita baiki hubungan with the one that we love !
credit : myheart
No comments:
Post a Comment