Sunday, April 27, 2014

Hiasan Terbaik untuk Dapur Kecil

Hai peeps, 


Dapur. Orang perempuan memang suka dapurkan. Kalau ada yang tak suka tu tak tahu lah. But for me, kalau dapur kemas, tenang je hati. Tempat yang paling i titik berat mesti dapur. Selain bilik tidur. Entah, tapi rasanya dapur tu macam favorite place la, secret place untuk melepaskan stress. haha


But now i nak share a little bit, design dapur yang sesuai untuk ruangan yang kecil.


Check it out!




Back Bay Project contemporary kitchen

source

This one, modern and simple design.







source


White and cozy kitchen. Suka white tabletop tu. 
Nampak macam cleannnnnnnnnnnn sangattt.




El Dorado transitional kitchen








Yang ni pun cantik.










by Jodi Feinhor-Dennis contemporary kitchen















So, kalau korang nak dapur macam mane? at least we have our own dream kitchen, right?

For me yes! hehe 


Thanks for reading this ^^












Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Saturday, April 26, 2014

Amal ini, untuk terus dilindungi !


Assalamualaikum semua :) 



Subhanallah...
Harini nak ceita tujuh kalimat yang paling mulia untuk diamalkan dalam tugasan harian. 


Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 


1. Mengucap Bismillah 

 pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 



2. Mengucap Alhamdulillah 
  pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 





3. Mengucap Astagfirullah
 jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut 





4. Mengucap Insya Allah
  jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.





5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah
  jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 





6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
 jika menghadapi dan menerima musibah.. 





7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah
  sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari   

  tafsir hanafi, 





Mari kita sama-sama amalkan :) 
mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu 
mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa!











Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Thursday, April 24, 2014

Cairex UiTM Shah Alam 2014


Assalamualaikum semua,


Nak kongsi career fair, Cairex at UiTM Shah Alam. Tapi harini dah last day. Takpelah nak bgtau jugak. Incase ada yang sekitar shah alam kan. Boleh pergi. Saya pun baru dapat tahu tadi. Details program :






For interview please Pre-Register at edaftarpkk.uitm.edu.my

For companies interested to participate in CaIREx 2014, please download Pamphlet and Feedback Form.

Kindly fax the completed feedback form before 4 April 2014.





------------------------------------------------------------------------------------------


PROGRAM KLINIK KERJAYA 2014


Anjuran : Pusat Kerjaya dan Kaunseling

Tempat : Bilik Seminar Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa

Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari






Kepada yang berminat untuk menyertai program, sila emailkan nama, no telefon dan

sesi yang dipilih ke sitinuraini@salam.uitm.edu.my












Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Bakteria Dalam Makanan (Probiotic)

Assalamualaikum and hai semua,



Harini nak cerita tentang bakteria baik. Bakteria baik? Bukan semua bakteria jahat ke? namapun bakteria. apaadaaaaa. Haaa ni konsep yang salah. Tak semua bakteria jahat OK. Tanpa kita sedar, sebenarnya banyak bakteria baik yang berjasa untuk manusia tau. Contohnya bakteria baik dalam makanan as cheese dan juga bakteria yang digunakan untuk mengurai bahan kimia. Banyak jasa mereka ok.



Tapi harini nak cerita pasal bakteria baik dalam makanan. Kenapa makanan, sebab makanan banyak kaitan dengan manusia. kannn. Lagipun ni adalah salah satu tajuk thesis saya, so ada lah sedikit ilmu yang boleh saya terang pada semua :)



Bakteria baik ini juga dikenali sebagai Probiotic bacteria. Bacteria baik adalah mikroorganisma yang terkenal sebagai organism yang memberi kebaikan dan tidak memudaratkan pengguna.

Probiotic bacteria  :
Live microorganisms that when administered in adequate amount confer a health benefit on the host (WHO,2012).



Antara fungsi probiotic, clean and protect our intestine !




Percaya atau tidak, kini semakin banyak makanan atau food lines yang mengandungi probiotic ini. Probiotic mula dijmpai in early of 20th century, sekitar 1908 oleh Nobel Laureate Elie Metchinkoff. Di mana pada masa itu, orang-orang bulgaria ramai terkenal dengan jangka masa hayat yang lama, where diorang hidup lama dan kurang penyakit. As the result, Sainstis ini mengkaji fermented milk yang sering diminum oleh orang-rang Bulgarian. Dari situlah dia menjumpai Bulgarian bacillus dalam fermented milk. Dari sini bermula era baru tentang bakteria baik.



Product makanan yang mempunyai bakteria baik (Probiotic) antaranya :


Yakult  (Lactobacillus casei Shirota)

In 1930, Minoru Shirota pengasas Yakult iaitu juga medical doctor memandang kehadapan tentang konsep yang di ketengahkan oleh Ellie Metchnikoff. Shirota. Beliau mengkaji tentang bakteria yang boleh membawa kebaikan kepada kesihatan usus. Ini kerana usus yang sihat adalah penting untuk kesihatan.


Akhirnya beliau menjumpai Lactobacillus casei shirota di dalam cheese.Beliau patent kan bakteria itu dan menubuhkan Yakult. Namun kajian beliau memakan masa yang lama, sekitar 5 tahun sebelum dilancarkan Yakult. Bertapa pentingnya clinical test sebelum ia dilancarkan,


Lactobacillus casei shirota telah melalui banyak clinical test, dimana ia tahan dalam suhu yang tinggi (suhu badan manusia), tahan dalam kandungan acid terutama acid dalam perut manusia. Yakult itu sendiri adalah bacteria broth, dimana hanya bakteria dan makanan bakteria (sugar) terdapat dalam satu botol yakult. Sebab itulah, ia perlu disimpan di dalam suhu sejuk, bagi meletakkan bakteria itu dalam keadaan pasif. Jika pasif bakteria itu akan tahan lebih lama.

 
 source Yakult




Cheese

Seperti yang kita tahu, lactobacillus casei shorita (yakult) dijumpai di dalam Cheese. Secara kasarnya cheese lah yang menggandungi banyak bakteria baik (probiotic) kan. Cheese sememangnya mempunyai banyak khasiat. Sebab itu lah orang-orang barat dan banyak mengamalkan pemakanan cheese untuk anak-anak mereka.


source cheese




Kombucha Tea (Fermented Tea) 

Dijumpai di Asian grocery stores dan juga kedai kesihatan. Kombucha tea berwarna gelap dan dipercayai dapat meningkatkan tenaga dan membantu masalah pencernaan dalam usus. Jangan lupa bancuh panas atau sejuk.

Kombucha Tea




Nestle Good Start Baby Formular


This new Nestle Baby Formula mengandungi Bifidobateria lactis. Sememangnya Bifidobacteria adalah bacteri baik (probiotic) yang banyak terdapat dalam susu ibu (breastfed). Sebab itu lah juga, Islam menggalakkan menyusu bayi sehingga 2 tahun. Oleh sebab yang demikian, nestle menaik pulih product susu formula mereka dengan menambah Bifidobacteria lactis untuk menyamai kandungan susu ibu.


That’s why we created Good Start® Probiotic, our closest formula to breast milk – and the first infant formula in Canada to contain Bifidobacteria B. lactis. Probiotic B. lactis  contributes to your baby’s healthy digestive tract flora. And, can help keep your baby’s tummy healthy and happy.

Nestle Good Start
Source : Nestle



Kimchi  (kimchee/ gimchi)

Kimchi adalah makanan tradisional orang korea yang masih diamalkan sehingga kini. Basically, makanan kimchi ini melalui proses fermentation atau penapaian. Sebab itulah rasanya sedikit masam-masam. Oleh yang demikian, satu kajian telah dibuat keatas kimchi dan mendapati ia mengandungi bakteri baik seperti lactic acid bacteria atau Lactobacillus kimchi. Selain itu, kimchi kaya dengan vitamin A, thiamine, riboflavin, calcium dan juga iron.

Health Magazine juga telah menyenaraikan kimchi sebagai Top 5 "World Healthiest Foods" dengan vitamin yang tinggi, membantu pencernaan dan jugak berkemungkinan tinggi dapat mengurangkan pertumbuhan kanser. 


Kimchi
source: google



Banyak lagi makanan lain yang juga mempunyai probiotic. Namun saya tak berkesempatan nak listkan semua. Nanti saya tambah semula ye :)


Sebenarnya, bacteria baik ini banyak kegunaannya terutama untuk proses pencernaan. Sebab ia berperanan dlm usus dan perut manusia. So sape sape yang ada masalah pencernaan tu, boleh minum yakult yg banyak membantu. Serious.



Thanks for reading this ! 

Happy reading guys!












Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Kisah Si Baby Blogger

Assalamualaikum ^^



Actually tujuan entry ni adalah utk menerangkan 'about me' lah kat tuan tuan dan puan-puan sekalian. hihihih
Tapi tujuan asal adalah untuk bagitau semua blogger yang lain, sebenarnya saya ni blogger baru jugak. Baby Blogger la konon. hehe walaupun korang tengok my blog since 2010.
 




 Ni ha gaya Baby Blogger. kiki ^^


Sebenarnya saya buat 2010 tu before dapat sambung degree. Mentang-mentang masa tu cuti dekat 4 bulan kan. lama la rasa.  So ingat dari buang masa boleh blogging. But after saya dapat sambung degree, blog ni terus ditinggalkan. hehehe sebab tu jugaklah entry saya tak beratus-ratus macam blogger lain yang start dari 2010. Biasa lah masa tu hangat-hangat tahi ayam je. kesian kat ayam.



Sebabnya masa duduk university tak pakai broadband, just mengharapkan internet wifi dari kolej. kikiki sebab gune broadband pun semput-semput jugak line. Saya ni kurang penyabar sikit orang nye. sebab tu bile duduk U, jarang online, facebook tak bukak berbulan-bulan tu perkara biasa. tak de hal punyer. kikiki ada jugak jenis orang yang takleh tak bukak facebook dalam satu hari kan. I'm not that person. Kalau bukak tapi line slow, kene tunggu loading lame, baik tutup buat benda lain. hehe



Then now, I baru habis degree, and terhegeh-hegeh nak buat blog, bile sign up tu terkejut tengok. Eh dah ada blog daftar under my email. pastu imbau balik kenangan. MashaAllah, rupenye dah buat blog sebelum ni. Baru ingat balik.haha lawak bile pikir balik.


Saya ni pemalu sikit, susah nak share tentang diri dekat umum. Macam yang entry nameeroslan ada sebut kenapa blogger pemalu. Haaa saya lah salah sorang daripadanya ! hehe


Reason kenapa malu semua ada dalam entry tu. SEJIBIK. hehe korang boleh baca : NameeRoslan - Kenapa Blogger Pemalu



So jangan marah yer kalau tengok takde satu pun gambar saya. hehe sebab utama i buat blog ni sebab nak share ngan korang. Maybe ilmu yang i ada manfaat utk korang kan. So I choose to be here even I malu. hehehe InshaAllah nanti da lame-lame ada lah satu dua gambor i tempek kat blog ni. hehe Tapi kalau ada yang sudi berkenalan kan, boleh. takde masalah :) just add me kat google+ Kalisha Aide and other platform saya update later k. Hope we can be friend till jannah ^^




So, itu lah al-kisah nya Saya Si Baby Blogger. hehehehe ^^ Jadi actually dengan rendah hati, i nak mintak support dari blogger lama yang lain k :) I banyak lagi benda tak tahu. Pasal ping-ping ni pun, baru je tahu minggu lepas. sedih kan, nama jer umur 24. huwaaaaa I banyak belajar dengan baca blog-blog yang lain. Terima kasih semua. panjang kalau nak list. hehe



Tu je setakat ni nak cerita. hihi
Thank you for reading this ^^
Have a nice day people !



p/s: nnti ingat nak buat giveaway jugak. Tapi masih duk cari ilmu macam mane nak buat. hehe sape-sape ada idea boleh share ae :) dan sape-sape nak join pun boleh.


  











Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Giveaway [2] : Max & Bella 1st Birthday



Bismillahirrahmanirrahim.

Sempena genap setahun usia my babies a.k.a Max & Bella pada 16 April 2014,

Yana nak anjurkan Giveaway [2] : Max & Bella 1st Birthday





BUKTI ^^






-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


SENARAI HADIAH :

*Yana mencari 6pemenang (by Incik Random.org) & 2pemenang untuk Hadiah Misteri*
Gambar hadiah + pendedahan Hadiah Misteri akan diupdate pada entri lain.

TOP REFERRAL : HADIAH MISTERI x 1PEMENANG
KOMEN ENTRI GA TERBANYAK (Exclude Blog Owner) : HADIAH MISTERI x 1PEMENANG
2 BUAH NOVEL x 2PEMENANG
1 CAT DESIGN NECKLACE x 1PEMENANG
1 KITTY EARINGS x 1PEMENANG
DOODLE (Sponsored by DayangDeno) x 2PEMENANG







Jom join ramai-ramai ^^










Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Wednesday, April 23, 2014

Bile Orang Selfie Tak Ingat Diri

People love selfie right? 

Check it out, best selfie ever ! haha



Caught in action




Grandma Help Me Please




"My Baby" Caught Me...






Lol
 









and last but not least 

-
-
-
-
-
-


look i'm cute !





hahhahhahahahha
happy reading guys!















Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

How to be Married?


Hai peeps,






Cakap pasal kahwin, sape tak nak kahwin kan? Kalau tanya saya pun, nakkk. haha InshaAllah ada rezeki. hehe So haritu pergi book store, saje cari story book nak baca. Al maklumlah sekarang tengah menganggur jadi baca la masa terluangnye. heee Jadi cari buku cerita last-last terpahat dengan buku ni.




How to be Married by Polly Williams.





Beli dekat popular dapat offer jadi RM 12 ! Murah giler. Harga asal RM37.50
Jimat duit den. ahaks



Sadie Drew thinks she must be the world's worst wife. She only needs to walks into a room to make it untidy. She wears flannel pyjamas in bed. Furry things breed in her fridge. But she's a busy working mother not a wifebot and her husband, Tom loves her as she is. Until he gets a hot new job and things change. The smell of another woman's perfume on his suit. Sadie risks losing everything if she can't transform herself into the perfect wife..


Cerita dia mengisahkan, Sadie seorang isteri juga seorang Florist namun secara kecil-kecilan sahaja. Dia fikir dia sudah banyak berkorban untuk familnya dan cita-cita suaminya. Tapi macam biasa, bila dia juga kejar cita-cita dia untuk menjadi florist berjaya, isu rumah tangga banyak diabaikan. Dari segi makan pakai suami, kerja-kerja rumah dan juga diri sendiri. Dia mula sedar dan ingin berubah apabila mengesyaki suaminya mempunyai hubungan sulit.


Tapi bile dia berubah, baru dia sedar untuk menjadi perfect wife adalah sukar ! But what is a perfect wife anyway? mengikut definisi masing-masing. If you ask me,


I dont want to marry for the looks and charm, I want to marry someone who will grow old with me and make me laugh everyday.

 
Genre novel yang santai dan funny membuatkan saya teruja baca. Why doesn't marriage come with a manual?


Buku cerita ni lain dari yang lain yang pernah saya baca la. Cerita dia best ! Bagi saya bila dah baca buku dia, banyak benda tersirat yang ingin disampaikan. sesungguhnya perkahwinan itu bukan suatu yang mudah sebenarnya. Tanggungjawab yang besar, pengorbanan kedua dua pasangan dan juga perancangan bersama. So basically, banyak yang perlu diambil berat before and after married. Mari kita sama-sama tingkatkan diri.


Credit to the writer, I loved this book !


Thanks for reading this. Happy reading !











Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Tuesday, April 22, 2014

History of Salaryman



History of Salaryman / Salaryman Cho Han Ji
샐러리맨 초한지
2012 





Genre : Comedy, Thriller, Romance
Episode : 22 episodes


Staring :
  • Lee Beom-soo as Oh Yoo-bang
  • Jung Ryeo-won as Baek Yeo-chi
  • Jung Gyu-woon as Choi Hang-woo
  • Hong Soo-hyun as Cha Woo-hee


Plot : 

Yoo-bang (Lee Beom-soo) sneaks into a villa at night and discovers the dead body of Chunha Medical Group executive Ho-hae (Park Sang-myun). His niece Yeo-chi (Jung Ryeo-won) is hiding in the room. At the funeral, both Yoo-bang and Yeo-chi get arrested for murder. How did things come to this? It all began three months ago when Chunha began trial testing for their new medicine.


In exchange for a job recommendation from Ho-hae, Yoo-bang agrees to join the trial testing and steal information about the drug. Rival company director Hang-woo (Jung Gyu-woon) is also there undercover to find out about the new drug. Spoiled rich girl Yeo-chi is undergoing training because her grandfather wants her to inherit Chunha one day, though she herself is completely uninterested. For the trial testing, 30 testers, including Yoo-bang and Hang-woo, are shut off from the outside world for 10 days. During the trial period, strange things begin to happen...


Soundtrack  (OST):

  1. 성냥팔이 소녀 (Little Match Girl) - Yoon Gun feat. Misty
  2. 너 때문에 (For You) - JeA (Brown Eyed Girls)
  3. Bravo - Lee Teuk (Super Junior), Key (SHINee)
  4. 기대했단 말야 (Not What I Expected) - JOO
  5. 샐러리맨 초한지 Title
  6. 막무가내
  7. Relax Your Mind
  8. 긴 여정
  9. Determination
  10. 자중지란
  11. 군웅할거
  12. 방이 Theme
  13. 천년지애
  14. 낙장불입
  15. 샐러리맨 초한지 Score Title
  16. 도원결의
  17. 비육지탄

Who Want to watch History of Salaryman online look at linked below :

Watch History of Salaryman Online Eng Sub. 















Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Jangan Tertipu dengan Kerja Macam ni !


Assalamualaikum and hai semua !



Kerja menipu.

Cakap pasal kerja menipu ni. macam-macam ada sekarang kan. Ok sebelum tu. macam mana boleh keluar isu ni. Biasa lah aku kan tengah duk menganggur kat umah. so semalam saje usha usha cari kat google , part time work. So banyak iklan keluar. tak caya korang boleh google "kerja part time dari rumah". Keluar lah segala mala,


Kerja sambilan dengan hanya isi bahan sampul surat

Kerja part time menaip document

dan continue......


So, basically, memang banyak yang ditawarkan. Okey memang tak semua penipu kan. Cume ada dalam kalangan mereka yang menipu. tu lah masalahnye. Ak ni jenis takut sikit nak try benda-benda ni. So before aku try, mesti ak search betul-betul dulu. yelah Rm20 pun duit jugak. dari bagi kat si penipu baik aku derma kat surau.



Cakap gebang 

Bagi aku senang je nak detect yang diorang ni penipu ke tak. Diorang mesti cakap gebang punyer. Mesti cakap bayar RM20 dapat untung RM900 seminggu. Dengar amount yang banyak tu sape tak nak kan? Diorang guna taktik tu lah. Bagi orang teruja sikit. duit masuk duit masukkk wahhhhh aku kayaa!

Pulangan lumayan ! Sertai kami sekarang !


Berahsia 

Satu lagi cara nak tahu diorang ni betul betul ikhlas ke idokk, tengak diorang buat iklan tu macam berahsia tak? Biasanye akan keluar iklan macam ni

Kami bukan program piramid
Kami menjual product, kami perlukan sepuluh orang. Tawaran terhad. 
Nak tahu lebih lanjut, sila email kepada xxxx@penipubesar.com


Biasa macam nilah iklan dia. Tak bagitau kerja apa, tak bagi tau product apa, kene contact dulu baru bagitau jenis kerja dia. Benda ni yang selalu buat ak muskil, kalau tak salah kenapa tak boleh bagitahu depan-depan kan? pelik pelik.



Tiada Product


Banyak je product yang menggunakan sistem piramid. Tapi tak silap aku, kalau ada product, tak salah dari sisi Islam. Yang salahnye kerja menipu orang. Konon-konon ada product, tapi padahal dapat untung daripada downline yang bayar yuran. Dari situ aje diorang dapat untung. Orang atas jelah untung. Orang bawah tak pun.


Contoh program piramid yang ada product Tupperware. Tupperware pun program piramid jugak secara tersiratnya, sebab dia ada masuk ahli dan sape yang lagi banyak ahli dapat untung lebih. Kalau dia pandai promosi, orang banyak beli, dia dapat komisen lebih. So basically ni piramid yang sihat.










Seriously, aku takut sangat dengan apa dah jadi dengan orang zaman sekarang. Sanggup penipu duit orang untuk jadi kaya.


Tahu tak diorang yang duit korang makan tu haram, beli buat belanja, buat makan, jadi darah daging. Bagi anak bini makan duit haram, jadi darah daging. hati jadi gelap. Sebab tu kadang-kadang orang yang banyak makan rasuah, tengak anak mereka. Anak mesti susah nak menjadi, malas sekolah, degil macam macam lagi. Sebab apa? sebab duit tu jadi darah daging.


Sebab tu Islam kata, wajib makan dari rezeki yang bersumberkan halal. Astagfirullah...


Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t di dalam al-Quran:
Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
Al-Baqarah: 168

Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.
An-Nahl: 114

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
Al-Maidah: 88
 credit to saifulbahri





Bawak la pikir ye semua. benda ni bukan main-main.Mari kite sama-sama fikir sejenak isu ni dan perbaiki diri. Korang boleh baca sendiri luahan mangsa yang pernah kene tipu :


http://www.sinarharian.com.my/semasa/penipuan-tawaran-kerja-di-rumah-1.104868

http://rintihan-rasa.blogspot.com/2008/12/menipu-untuk-hidup-atau-hidup-untuk.html


Terima kasih kerana membaca.
Boleh betulkan kalau saya ada silap.:)
Happy reading semua.












Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

Monday, April 21, 2014

How to use your computer in bed





 Because using a laptop in your bed is too mainstream...

then ...use
-
-
-
-
-
-









Hehehehhe jangan marah !
:)











Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr